About

Thursday, September 8, 2016

.: PerKembaNgan anak ke-3 : M.Aisy Harraz :.


As salam..

Tiba-tiba terkenang zaman aktif berblogging, zaman si abang long paling beruntung..
Dari dalam perut lagi si mama, aktif menulis pasal dia..
Abang ngah akeem, ada jugak la..tapi tak aktif sangat..
Masuk si adik, Aisy Harraz, lagi langsung tak aktif dah..
Dah masuk 2 bulan usia dia baru nak annouce..hii..

Yelah, makin ramai anak, makin banyak tugas dan tanggungjawab nak disettlekan kat rumah tu kan..
Belum lagi tugas dan tanggungjawab di ofis, makin bertambah tahun berkhidmat, makin banyak tugasannya..
Dah 11 tahun kot mama kat kompeni ni.. Mei 2005 until now..
Alhamdulillah..syukur dah tertulis rezeki masih disini,
Dan in sha Allah, sampai 4-5 tahun lagi..Aminn..(target 2020 ^_~)
Tunggu selesaikan beberapa perkara, kemudian boleh la bersara.. ^_^

Apapun itu cuma perancangan kita, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t
Kita terima saja kan..

Ups, melalut..
Nak stori pasal perkembangan si adik Aisy Harraz,
Sayang jika tak menulis di diary kesayangan ni..
Sekarang sudah genap usia 3 bulan pada 28.8.16 lalu..
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan menjaganya..
Dari lahir sampai sekarang..moga di hari mendatang pun dimudahkan..
Ok, abadikan progress fizikal Harraz ye,
Lahir vs 1 Month Old vs 2 months old vs 3 months
Berat : 3.65 kg to 4.8 kg to 5.6 kg to 6.3 kg
Ketinggian : 50cm to 56cm to 60cm to 63cm
Lilitan Kepala (D) : lahir (x ingat) to 39.5cm to 41cm to 41cm

Progress kebolehan :
2 bulan – pandai senyum, rajin ajak bersembang, memberi respon bila dengar suara orang, pandai merengek, menggenggam, nak pusing pusing badan (mengiring)
3 bulan – berjaya sepenuhnya meniarap, 2-3 hari sebelum usia menjejak 3 bulan dah cuba cuba jaya meniarap, dah 3 bulan ni, pantang letak baring terus pusing meniarap! Syabas bette..^_^
Lain-lain, mudah tersenyum dan sengeh bila dipanggil namanya, tapi kerap buat muka ala-ala angry bird (kening berkerut) semacam memikir benda serius ..hiii…

Ok, sampai sini dulu untuk kali ni.
Tempek sket pic terkini, Muhammad Aisy Harraz..
Terima kasih sudi singgah ^_^









p/s : niat dihati nak berwajah baru blog ni, nak bertempah bagai, budget tak cukup daaa, hahaha.. so, kita ubah sendiri template blog ni tuk sementara waktu ye, jadilah..kelam kabut susunan pun.. belasah..tak sempat nak tenung lama blog sekarang..wuu…