About

Thursday, January 30, 2014

.: 3 Minggu berSekoLah :.

As salam..

si abang arif..
3 minggu pertama bersekolah..
dia semakin rajin dan gigih bab belajar..
bab bercerita juga dah pandai, walau ada juga pelatnya masih melekat..
nama kawan-kawan sudah boleh diingat, mama pula sudah lupa..
cuma yang selalu dibibir dia, nama "ijat"..
asyik-asyik nama tu disebut bila mama tanya..
ijat je kot kawan baik dia setakad hari ni..
nama kawan girl pun ada disebut, mama sudah lupa..ngee..
sikit hari lagi, mungkin dia dah boleh hafal nama semua kawan-kawannye tu..
In sha Allah..

di awal minggu ke-3
dapat box file yang akan menempatkan aktiviti kerja anak di tadika..
sesekali bawa balik ke rumah..
sesekali simpan di sekolah..

simple sangat~(hiasan ringkas si mama untuk box file arif, hari ni cikgu bagi file tu, esok dah kena bawa ke sekolah, memang tak berhias sangat la.. guna apa yang ada dirumah jer..tujuan hias, supaya anak kenal file masing-masing ^_^)
ini, antara hasil tugasan dia sepanjang minggu lepas..
dapat 3 bintang setiap aktiviti.. suka dia..
bab mewarna paling dia suka
tengok la gambar katak dan kanggaru tu, berwarna warni =P

arif memang suka mewarna lately ni..
mama tengok, bila mewarna dia teliti dan tekun
selagi tak habis, mengadap aje..
minat seni, macam mama dia jugak kot..hee~

apapun, permulaan yang baik buat dia..
moga terus berkekalan hendaknya semangat ingin belajarnya tu..
Amin..

apa lagi pelajaran baru buat dia?
- tau nyanyi lagu negaraku (belum hafal penuh pun, pelat =P)
- tau tulis nama sendiri, walau kadang kala confius, F dulu baru R, jadinya AFIR =P
- tau hafal hari dalam BI
- tau baca doa memulakan pelajaran
- tau hafal nama bulan

lagi..?..herm, itu je kot setakad ni..
dia suka juga bercerita semula, cerita yang cikgu sampaikan di tadika..
tapi itulah, budak-budak cerita kan..mama pula tak faham..
tapi sebab dia bersungguh-bersungguh nak bercerita,
mama pun buat-buat la faham ^_^
arif..arif..semangat betul dia bab belajar..
moga berterusan..Amin..

p/s teringat zaman kecik-kecik dulu, semangat jugak bertadika.. ^_^ .. mama pun mula tadika umur 5 tahun..


Wednesday, January 29, 2014

.: WW : naK ToLoNg Mama :.

As salam...

"ayeh nak tolong mama, ayehkan sayang mama, sebab tu ayeh kena tolong mama tu"



tak sampai hati, nak kata tak payah, meskipun sedia maklum dah, kalau si abang ni membasuh pinggan, habis terpercik air ke lantai bersepah-sepah..
dia ikhlas nak menolong mama..~

p/s moga sampai ke besar rajin tolong mama di dapur ye.. ^_^

Tuesday, January 28, 2014

.: LawaTan ke muZium NegaRa :.

As salam...

Cerita weekend yang lalu-lalu..

Tarikh : 12/01/2014
Masa tiba : 12.54 pm (tengok kat tiket masuk..hee..)
Lokasi : Muzium Negara, Jln Damansara, KL
Harga Tiket Masuk : RM 2 dewasa - kanak-kanak percuma

nak celoteh panjang, mood pun sudah lari
maklum, dah lama pergi..
baru sekarang nak kisahkan disini..hehe~

apapun, piccas banyak jugak ni untuk diabadikan di sini..
layan jerlah.. ^_^

Baru sampai, disuruh en abah bergambar dulu disini~

anak-anak bukan nak berapa sporting sangat bergambar time ni, nak lari masuk jer..sabar dulu.. kat sini bergambar, wajib..hehe~

kereta antik~

beca antik~

my 3 heroes... ^_^

si adik mana mau fokus, lebih fokus pada kepala perahu tu.. unik sangat!

dah masuk dalam muzium, sukanya lah anak-anak.. akeem tu.. sukahati jer main lari-lari.. si abang pun sama jugak..~


akeem yang tekun dan slamber, tak takut pun patung-patung tu, berbanding si abang..hehe~

2 beradik wajah happy sebab si abah bawak berjalan.. akeem lagi suka hati, sesekali bila time sporting dan disuruh senyum..^_^


sukahati kan budak berdua tu... ^_^




suka si abang tengok patung askar dan komunis ni...^_^

sekolah zaman dulu-dulu~

oooh tengok patung ni memukul padi..
bila terpandang saja, replika patung memukul padi..
terus la memori dolu-dolu terimbas di ingatan..
terus cakap sama arif, 'mama dulu buat kerja nilah..'
mama lalui semua ni.. 
arwah ayah pesawah, selain penoreh..
kerja-kerja memukul padi, menanam padi di sawah
dah sebati di jiwa..
ooooh rindunya zaman tu...huuu~
teringat kampung halaman, terpandangkan replika orang kait buah kelapa (guna khidmat monyet kalau tak salah ni).. dulu ada pemandangan sebegini di kampung halaman, sekarang, ada ke lagi?..huu~.. rindu sama kampung dan kenangan lalu...huu~
tak dapat snap banyak pun masa masuk ke bahagian era-moden 
sebab bateri sudah kong..terkelip-kelip..
terpaksa simpan dulu, buat modal nak masuk muzium orang asli di bawah..
nak juga snap sikit gambar di sana..hu~

keluar dari muzium tu, singgah minum sekejap
dan melayan si anak, minta nak corn pulak..
lepak sekejap, melepaskan lelah..

sehabis minum di situ, terus gerak turun ke bawah
ada lokasi lain untuk diterjah..

next n3 sambung please..
sini, sudah banyak piccasnya..hehe..

ok, to be continue...
thanks sudi membaca ^_^

Monday, January 27, 2014

.: KisaH yaNG saMa : kasiHaN aDik :.

As salam..

Salam Isnin, permulaan minggu yang ceria hendaknya ^_^
*****

Ini kisahnya si adik, sama kisahnya tahun 2010 yang lalu..
si abang menangis beriya nak mengikut si abah turun solat di surau bawah rumah ni..
tahun 2014, kisah yang sama berulang..
giliran si adik pula menangis beriya..
kali ni, hendak mengikut si abah dan si abang pula..

alahai, kasihan adik..
tunggu besar sikit ye dik, boleh sama-sama ke surau dengan abah dan abang..

dalam kata dia dok menangis beriya tu
sempat lagi si mama capai camera..
hehee..kejam tak mama? ..ngee..
bukan apa, puas dah pujuk, sama juga..
masih menangis dan suruh bukakan pintu..
tak makan pujuk, jadinya mama biarkan saja..
kejap tu diamlah..huu.. kesian dia.. ^_^



sampai terbatuk-batuk menangis tu.. kesian..huu~ lagi marah dia sebab si mama, snap gambar dia..hehe.. sowii cayang, kenangan semua ni =P...
p/s aduyaiii cepat la sungguh masa berlalu, minggu terakhir di bulan Januari tahun ni..huu~ tak terkejar tugasan seharian... 24jam terasa pantas berlalu..

Friday, January 24, 2014

.: jaLan-jaLan huJung MinggU :.

As salam..

salam jumaat yang mulia..

esok dah weekend semula..
weekend lepas, walau cuti 3 hari, tapi kami tidaklah ke mana..
en abah kerja-kerja-kerja
sesekali, kena tugas macam tu..
ok jer pun... boleh juga merehatkan diri santai-santai dirumah kan..
tapi tidaklah santai mana, macam-macam kerja nak disettlekan
kalau hari minggu di rumah ni..
tak pernah nya kata takde kerja nak buat..
kerja akan sentiasa ada.. ^_^
**************

berbalik cerita weekend lalu-lalu
agenda en abah secara tidak dirancang pun..
tiba-tiba saja ajak keluar, nak ke muzium katanya..
kali ke-2 sejak ber'anak' ni
pergi 1st dulu, masa arif seusia akeem sekarang rasanya...
tak banyak yang berubah.. masih sama..
yang syoknya, akeem lah.. dia teruja, almaklum kali pertama kan..
oooh gambar di muzium minggu depan la share kan disini..
tak sempat nak transfer dari camera..
ini pic ehsan dari hanphone saja..

lepas berlegar-legar di muzium
singgah masjid negara, selepas zohor
jalan-jalan sekitar Makam Pahlawan, kemudian balik..
anak-anak pun dah penat sangat..
itu pun, en abah ajak nak singgah Muzium Islam sebelah je dengan Masjid Negara tu..
mama kata lain kalilah.. kaki dah lenguh berjalan..
anak-anak pun dah tak terlayan..
akeem lagilah.. dapat habuan..
disengat binatang penyengat apa ntah yang bersarang kat tiang laluan ke Makan Pahlawan tu..
dia memang suka mengusik semua benda,
nasib tak baik la, dia pi usik sarang binatang tu..
dapat habuan, tapi tak ada effect apa pun..
sakit sekejap saja..
mama pun kena kat jari sbb nak selamatkan dia, sakit juga mula-mula kena tu..huu~
akeem akeem...

k, lah, panjangnya membebel.. happy weekend
tempek pic yang ado ni...

adoii.. nampak jelas 'gua' masing-masing..hee~

abang yang sporting, sesekali jer..

akeem yang tak reti dok diam..huu~

ke Makam Pahlawan~

Makam~

haa.. kat laluan ni la dia kena.. masa ni belum kena, masuk tiang ke depan sikit, dia pi usik, kena pulak sarang serangga tu.. akeem kata ' lalat gigit'..ngee~

masuk kereta, mintak bukakan baju, gatal 'lalat gigit' katanya.. terus lena, penangan tak tidur siang..
p/s Selamat berhujung Minggu..moga cuti yang boleh memberi manfaat buat semua.. ^_^

Thursday, January 23, 2014

.: meReka biLa baLik KampuNg :.

As salam..

alahai, nak celoteh panjang dah penat dah
(almaklum n3 draft awal-awal kan..no idea..)
lagi pula gambar pun dah lama ni, cerita sudah basi..hehe~

meh tempek gambar jerlah, bebel sikit-sikit sudah..
merujuk tajuk 'mereka (anak-anak) bila balik kampung'..

apa abang main baling baling ni.. apa di balingnya tu?

heee.. baling abang-abang yang memanjat pokok ni haa.. jiran rumah atoknya..

yang gegirl sibuk main masak-masak..^_^

akeem time ni belum bangun tidur.. dah petang ni.. akeem tidur tengahari..
bila akeem bangun dari tidur (turun buai dalam rumah), sendirian..
terus berjalan mai dekat kakak-kakak ni..
kakak-kakak memang suka melayan.. ^_^

akeem dah biasa, bangun tidur pun mood OK..

percubaan akeem nak buat peace..

masam pula, kak caca posing kemain ye.. hehe~

si abang mama suruh duduk sama taknak.. jual mahal.. =P

mereka si sepupu, bila sepupu baru, Alif Zuhaiyr dah besar sikit, bolehla berkawan sama.. ^_^

adoila si abang syebab..hee~
p/s rindu nak balik kedah pula, nak jumpa mak, mandi sungai..wohoo... tak sabar nak tunggu cuti sekolah bulan Mac, nak balik kampung, puas sikit balik kampung lama-lama...huu~