About

Monday, February 24, 2014

.: SiNGgah PuLa di TaMan HaiWan@TaMan BotaNi SA :.

As salam..

salam hari Isnin..
minggu terakhir bagi bulan Februari 2014...
oooh pantasnya laaaah masa berlalu :(

apapun, hari-hari perlu dilalui dengan tenang..
senyuman.. In Sha Allah.. kalau itu yang kita harapkan, begitulah jadinya..
cheers.. ^_^

oooh selingan sedikit kisah si abang,
semalam dia perform di majlis mesyuarat agong pertama PIBG tadika nya..
cerita lanjut  di n3 lain la, next week eh..
teruja mama tengok dia, tak sangka itu adalah arif anak mama..hahaha..
dan lagi buat mama teruja, arif dapat hadiah dalam pertandingan mewarna..
cayalah .. dalam 5 orang, cuma dia lelaki yang menang..
eeeh.. cerita lanjut kemudian lah ye..

kasi laluan, n3 lama-lama dah ada dalam draf ni dulu.. ^_^
**************************

sambung kisahnya edisi kami ke Taman Botani, Shah Alam Selangor..
after melawat rumah musim winter tu..kami naik bas, menuju ke Taman Haiwan pula..
teruja lah si anak-anak..
walau haiwan tak banyak mana, tapi teruja mereka, sama seperti pergi tengok haiwan di zoo.. ^_^
itulah bestnya anak-anak besar gini, pandai menghargai.. tunjukkan rasa seronok dan happy!

akeem pun teruja naik bas, duduk tepi pulak tu.. ^_^

dah sampai, amboi abah, bz benor.. ada je orang call..huu~

cak~

rumah burung yang di atas sana tu..

peramah betul burung kakak tua ni, ada pula orang melayan.. apa kita cakap, dia ajuk jer.. bila kami ramai2 gelakkan dia, tau pula marah, siap berbunyi lantang... dan kipaskan kepak..weeeiii.. tapi sgt kelakar dengar dia mengajuk kita cakap.. comel~

ada lantak, arnab , apa nama binatang ekzotik tu..

menuju ke kandang rusa.. rusa paling banyak... luas kawasannya.. tapi sayang... nampak macam tak cukup makan jer.. rumput takde.. kawasan kering .. 

kita bagi makan dedaun hijau pun dia ngap...

akeem yang berani...


kesian nengoknye.. kering la sini, panas cuaca.. 

turun pula ke kawasan kuda, kering juga kuda ni, kawasan semacam tak terurus sket..huu

kambing~kuda

burung merak...
ada juga animal lain, tak snap.. ada juga ayam.. burung=burung pun banyak...
itu jer kot..
moh kiter balik..

tunggu bas, untuk menuju balik..
nak berjalan kaki pun boleh, kalau larat la.. hehe..
kami sah sah la tak larat, cuaca pun panas time tu..
tak sesuai...
naik bas balik kena berdiri sebab ramai orang, tapi ok jer, tak jauh mana pun ^_^
lepas tu, terus keluar mau balik..
sebenarnya kat taman botani ni
banyak benda lain boleh buat..
macam time mama datang 2006 dulu
join member punya, family day ofis dia...
ada buat program tepi kolam..
santai-santai..
best !
kiranya ada tempat untuk bermain air..
berkhemah, boleh buat acara sukaneka..
cari harta karun ke.. or apa jer..
nak tau detail, boleh tengok laman webnya..
alahai mama dah buang, flyers yang dapat hari tu..
huu.. tak dapat selitkan kat sini..

keluar dari Taman Botani
di kawasan luar tu, ada tempat makan..
kami singgah just untuk minum-minum saja..
harga ok kot untuk ais kacang ni.. Rm3.50.. rasanya.. yummey!

ABC untuk mama jer, tapi abang arif, sibuk ngendeng nak juge..

kena tol pula, ada pula orang jual, airkrim goyang.. 1 btg rm1.. ^_^
ok, daaah habis kisahnya di Taman Botani Shah Alam..
bagi pencinta alam..elok juga jalan-jalan ke sini..
tempatnya luas .. saujana mata memandang... ^_^

dan lagi, ada projek lagi kat situ tu..
macam nak buat kawasan perkampungan dengan pemandangan sawah bendang..
menarik.. haruslah cantik bila siap sepenuhnya nanti ni..
harus terjah lagi la suatu ketika nanti ni.. ^_^

ok, terima kasih sudi singgah..
selamat bertugas~ ^_^

14 comments:

LYAfrina said...

seronok la 2 beradik ni leh tgk animals.. bdk2 mmg suka tgk animals scara life

mummy_ayu said...

seronoknya jenjalan..

Masya said...

berbaloi² janji dapat riadah dgn anak²kan. dpt tgk haiwan.. dpt masuk rumah musim... terbaikkk ... walaupun x bnyk .. tp anak² teruja klu dpt berjln..

ZazaMyMoon said...

hehe anak2 kita ni kan kadang2 mcm unexpected je bila tgk perangai diorang.. sbb kat sekolah diorang punya kerekter lain.. :)

nanti anak2 mamalieyna dah besar sikit boleh lah bawak naik beskal kat Taman Botani yer.. ;)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Seronok..budak2 sukalah p tempat2 macam ni kan..

::NureeN:: said...

meriah3x...
sronok tgk anak2 happy :)

Nad MamaZN said...

Ksian tgk binatang2 tu..

BUNDA said...

Salam ziarah dari Bunda...sedapnyer ABC tu...panas2 ni suai sangatlah...

Imani Iwani said...

bnyk aktiviti blh buat kt citu yea..;)

aTieYusof Family said...

Budak2 mesti seronok pegi tempat2 mcm ni..Pae pn suka tgk haiwan ni..:)

eima said...

la beshnye ade haiwan ngan kan taman semata ....

NzA said...

wah bukan main seronok siri jelajah taman botani.....kalau berjalan mmg rasa nk patah kaki sbb luasssssss sgt2 kan.

Ibu Lala said...

Musim.panas ni malas nak pegi mana mana. Klw pg pun nak tempat yg ada ekon je.

Ibu Lala said...

Musim.panas ni malas nak pegi mana mana. Klw pg pun nak tempat yg ada ekon je.