About

Friday, January 24, 2014

.: jaLan-jaLan huJung MinggU :.

As salam..

salam jumaat yang mulia..

esok dah weekend semula..
weekend lepas, walau cuti 3 hari, tapi kami tidaklah ke mana..
en abah kerja-kerja-kerja
sesekali, kena tugas macam tu..
ok jer pun... boleh juga merehatkan diri santai-santai dirumah kan..
tapi tidaklah santai mana, macam-macam kerja nak disettlekan
kalau hari minggu di rumah ni..
tak pernah nya kata takde kerja nak buat..
kerja akan sentiasa ada.. ^_^
**************

berbalik cerita weekend lalu-lalu
agenda en abah secara tidak dirancang pun..
tiba-tiba saja ajak keluar, nak ke muzium katanya..
kali ke-2 sejak ber'anak' ni
pergi 1st dulu, masa arif seusia akeem sekarang rasanya...
tak banyak yang berubah.. masih sama..
yang syoknya, akeem lah.. dia teruja, almaklum kali pertama kan..
oooh gambar di muzium minggu depan la share kan disini..
tak sempat nak transfer dari camera..
ini pic ehsan dari hanphone saja..

lepas berlegar-legar di muzium
singgah masjid negara, selepas zohor
jalan-jalan sekitar Makam Pahlawan, kemudian balik..
anak-anak pun dah penat sangat..
itu pun, en abah ajak nak singgah Muzium Islam sebelah je dengan Masjid Negara tu..
mama kata lain kalilah.. kaki dah lenguh berjalan..
anak-anak pun dah tak terlayan..
akeem lagilah.. dapat habuan..
disengat binatang penyengat apa ntah yang bersarang kat tiang laluan ke Makan Pahlawan tu..
dia memang suka mengusik semua benda,
nasib tak baik la, dia pi usik sarang binatang tu..
dapat habuan, tapi tak ada effect apa pun..
sakit sekejap saja..
mama pun kena kat jari sbb nak selamatkan dia, sakit juga mula-mula kena tu..huu~
akeem akeem...

k, lah, panjangnya membebel.. happy weekend
tempek pic yang ado ni...

adoii.. nampak jelas 'gua' masing-masing..hee~

abang yang sporting, sesekali jer..

akeem yang tak reti dok diam..huu~

ke Makam Pahlawan~

Makam~

haa.. kat laluan ni la dia kena.. masa ni belum kena, masuk tiang ke depan sikit, dia pi usik, kena pulak sarang serangga tu.. akeem kata ' lalat gigit'..ngee~

masuk kereta, mintak bukakan baju, gatal 'lalat gigit' katanya.. terus lena, penangan tak tidur siang..
p/s Selamat berhujung Minggu..moga cuti yang boleh memberi manfaat buat semua.. ^_^

8 comments:

Ibu Lala said...

Sabtu ahad ni pi mana pulak

Rizziela said...

Alahai..nasib baik x ada apa2..kalau saya risau...tkt binatang berbisa plak gigit dia

Dalia Hajar said...

Penatkan eina ada anak kecik ni, tmbh2 jenis melasak, saya xtahan dgn Danish tu, dia xreti takut kat org, aktif semcm je...

Tp kan eina, bila anak2 dah besar tingin plk bb kecik...hehe

Zura@Iwan said...

oo ni ceta weekend lps ye? hehe
tk per kenangan tu kan..

akeem kena gigit "lalat"
tk sakit ke?
bam2 tul akeem..

Nad MamaZN said...

Rajin abah gi ajak pi muzium
Kalu papazakwan cm liat sket sbb muzium takbest dia kata haha
Terbalik ngan zakwan, zakwan suka
Nk ajak pi muzium gak la nnt

Iela Fazielah said...

lama betul xpergi muzium... tu betul2 tawaf satu myzium sampai keletihan hakeem..

aTieYusof Family said...

Seronok nya pegi Muzium..mesti anak2 suka....akeem suka sgt kot.. tu yg mcm2 gaya..hehe
salam hujung minggu:)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Selamat berhujung minggu Eina ^^
sian plak Akeem kena gigit serangga..nasib tak apa2 kan..letih sangat tu..sedap jer tgk dia tido.. :)