About

Thursday, December 19, 2013

.: ReSepi : LaLa SweeT SouR :.

As salam..

minggu lalu, si abah ada ber outstation sehari semalam di Kuala Selangor
perjalanan balik tu, singgah di Pantai Remis katanya..

on the phone, tanya pada mama "nak makan lala tak?"
eh..mama ok jer, layan... ^_^
siap dengan request, "balik nanti masakkan sweet sour ye.."
orait..bereh.. ^_^

balik tu, lepas layan cerita PISA
barulah sesi memasak bermula

hasilnya....
tak mengiurkan sangat coz masa ambil gambar ni, boleh pulak lupa nak pecahkan telur.. lepas ambil gambar baru perasan, terus campak balik masuk kuali, campur telur dan angkat..ngee~ so, ini bukan rupa sebenar 'Lala Sweet Sour' ye..ngee~
Resepi Lala Sweet Sour 

Bahan-bahan:
1/2 kg lala
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu gula
2 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar dimayang
1 batang serai-diketuk
1 biji telur
*kalau suka - 1 helai daun kunyit
- sedikit minyak untuk menumis

caranya :
Bersihkan Lala sebersihnya dan toskan
Panaskan minyak masak dalam kuali bersaiz besar
tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dimayang
kacau sampai naik bau
masukkan lala, kacau dan masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili dan gula
masukkan juga serai dan kacau sehingga lala hampir masak
masukkan daun kunyit (jika suka)
pecahkan telur dan gaul rata

Siap! sedia untuk hidangan ^_^

p/s boleh dicuba untuk masak kerang juga kan, lagi best sebab isi besar besar, lala ni saiz dia kecik beno..tak puas makan =P

*resepi cilok kat en google, tapi dah ubahsuai sikit dan sumber dari mana dah lupa sudah...huu~tq en google.

11 comments:

mummy_ayu said...

suka juga masak lala mcm nie..tapi jarang sbb yg makan lala Ayu jer..

ZazaMyMoon said...

uikss sedap ni mama.. lupa pecahkan telur tu tak apa boleh dimaafkan hehe

aTieYusof Family said...

Aduh! sedapnya tgk lala ni.. hubby sy suka..sy jarang makan..hehe..:)

amy said...

Sekali sekala layan lala best jugak has :) sedap tu :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

sedapnye..nanti nak cuba masak kerang macam ni...hubby suka makan kerang kalau lala ni kurang sikit...

eima said...

o0o tak penah plak mkn yg cam ni ..siap ade telur tu .. yg penah mkn yg masak sambal ngan masak air je

Zura@Iwan said...

alahai,,
terliur dh ni mamalieya..
sdpnya..

Nafira usof said...

sedapnyeeee.. boleh cuba nanti.
mekasih atas resipinye~

kat rumah ade kerang yg dh siap kopek.. agak2 boleh tak masak resipi nih? :)

Nad MamaZN said...

Lala ni saya tak berapa makan
Tp klu mkn suka cicah sambal kicap:)

ch@ said...

suka mkn mcm kakNad, tapi kena berjaga-jaga, sebab alergik. owh! lala.

Anonymous said...

Kalau x masuk telur bleh kan ?