About

Monday, October 21, 2013

.: RESepI : SuP aLa SiaM :.

As salam..

Salam Hari Isnin...

Mood pagi Isnin ni adalah kureeng..
meh layan resepi seperti yang dijanjikan  last week..
boleh ubah suai ikut citarasa.. ^_^
Sup ni rasanya masam-masam sikit pedas-pedas sikit..
kena dengan tekak mama ni...
selamat mencuba ye..


SUP ALA SIAM

Bahan-bahan :
1) Ayam (ambil bahagian isi) atau Daging- di potong kecil (lebih suka daging)
2) Minyak untuk menumis
*Bahan tumis :
a)Serai- diketuk
b)Sup bunjut
c)Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
3) Air – mengikut kehendak bersesuaian (lupa nak sukat – periuk saiz sederhana, dapat semangkuk besar)
4) 2 @ 4 biji Cili kecil merah@hijau - diketuk (boleh lebih kalau suka pedas)
5) 2 @ 3 biji bawang merah - diblender
6) 8 ulas @ lebih bawang putih – diblender
7) Kiub ayam @ pati ayam Maggie (jenis liquid – me, guna jns kiub saja, sebab itu je yang ada kat rumah time tu =P)
8) 1 keping asam gelogor
9) 1 inci halia - diketuk
10) 1 inci lengkuas - diketuk
11) Garam secukup rasa
12) Sedikit gula
13) Sedikit penambah perasa -aji no moto
14) Sedikit lada sulah
15) 1 biji Tomato- dibelah 4
16) 1 biji Bawang Holland (potong bulat / belah 6 @ ikut kesukaan)
17) 1 batang daun sadery – dipotong saiz sederhana
18) Bawang goreng
19) Sehiris limau nipis

20) bahan hiasan - daun bawang & daun sup – dipotong kecil

Cara membuatnya :
1- Panaskan minyak
2- Tumiskan bahan tumisan *
3- Setelah itu, masukkan ayam/daging – kacau sehingga isi ayam/ daging kering airnya
4- Masukkan air
5- Masukkan bahan lain dari no. (4) hingga (10)
6- Biarkan mendidih – masukkan bahan no. (11) hingga (19), biarkan dengan api sederhana
7- Sedia untuk hidangan ^_^ - taburkan bahan (20)

*tips – lagi lama sup direnehkan (dibiarkan atas api) semakin sedap rasa sup berkenaan.

Selamat mencuba~ ^_^

*resepi dari kawan ofis..

7 comments:

ZazaMyMoon said...

tgk gambar mcm laksa lah hehe.. boleh try nnt ;)

Mar Mansor said...

mama..ada x rasa mcm tomyam?

mamaRIFQY said...

Macam nampak sgt bestt laaaaa. Nak try jugak la

mama lieyna said...

Mar Mansor;
kalau letak daun limau purut mungkin akan rasa tomyamnya ^_^
ini more on rasa sup yang pedas & masam..try la..

nieda said...

Sedapnya. Nieda selalu beli perencah sup siam adabi je. Lenkali boleh try versi eina plak

Masya said...

Harusss cuba ni... Mcm sedap ala2tom yam kan

Akak berminat dgn inner tu ke, klu nak nnt emailkan kat sy nak warna ape? Dan berapa yer.. Nnt sy tanya kwn sy ade stok x.

ch@ said...

yummy. dh mlm lapar...nmpk pula sup pedas ni...adeih, lapaaaaar.