About

Friday, October 18, 2013

.: GeMBirakan Anak-anaK denGan berMain aiR :.

As salam..

Salam Jumaat yang mulia..

Weekend.. hari yang dinanti..
dinanti oleh si makpak, juga si anak-anak
hari untuk gembirakan anak-anak
weekdays tidaklah bermaksud hari tak gembira,.
cuma weekdays adalah rutin biasa bagi mereka..

bangun awal pagi, bersiap untuk pergi rumah pengasuh
singgah beli sarapan
sampai rumah pengasuh, jumpa kawan-kawan
main-makan-tidur
so, weekend sebolehnya, nak kasi diorang happy dengan sesi jalan-jalan
tak kisah ke mana, janji dapat jalan kan... keluar dari rumah..walaupun dekat ^_^

ok berbalik tajuk..
weekend last 2 weeks..
bawa anak-anak bermain air..
ke Taman Tema Air :  Wet World Shah Alam..
lama tak pergi, last semasa sarat mengandungkan akeem dulu, rasanya November 2011..
time tu, belum renovation, harga tiket masuk pun, separuh lebih murah.

now, tiket untuk ketinggian melebih 130cm =RM 20.00 (sebelum ni, RM10 jer)

tiket untuk ketinggian 90cm-130cm =RM 16.00 (sebelum ni RM8 jer)

apapun melihatkan keadaan wet world tu sekarang
rasanya berpatutan jugak kot dengan harga tu..
banyak improvement jugak..

jom layan gambar sebagai intronye dulu
cerita penuh minggu depan (tak sempat nak edit gambo sebenarnya..banyak sangat =P)

kaunter tiker, ok..clear jer..

happy anak-anak berdua tu..

part berbaris nak masuk jer panjang Q nya..sebab ada sesi spotcheck beg yang dibawa la pulak..makanan dilarang dibawa masuk..huu~

adik muka innocent jer~

diorang cek setiap beg, kalau didapati bawa makanan, diorang keluarkan dan letak di luar..huu~
tapi kami bolos juga..
ada bawa biskut + keropok, bungkus bersama plastik yang letak baju persalinan
lepas...dia tak perasan..heeee~

muka teruja sudah sampai..yeaa.. 
Tak sabar nak main air..
sedar tak sedar
hampir 5 jam kami kat sana
sampai sana hampir jam 11pg, keluar semula hampir jam 4ptg
sungguh tak sedar masa berlalu
si anak pulak, bila di ajak balik, katanya 5 minit lagi, 5 minit lagi..
sudahnya, muka dah ber sunburn, baru nak balik..huu

serius, ber sunburn tau..
menggelupas hidung, tangan pun berbelang =P
(sebelum pergi, tak ingat nak pakai  sunblock, teruja dan tak sangka nak duduk berlama-lama sangat kat sana)
apapun yang penting..........enjoooy...! 


Ok, sambung lagi cerita Wet World minggu depan ye..
banyak dah membebel ni..

Salam Hujung Minggu...!

10 comments:

Rizziela said...

teringin nak bawa anak2 g sana... nak tgk gambar2 lain gak

Sidratul Muntaha said...

selama hiudp dgn kwin ni
tak pnh lagi singgah wet wolrd ni
huhuuh
jakun betul kami

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Best nyer ... Lama dah tak ker waterpark nih ...

Nad MamaZN said...

Bestnya
Xpenah sampai

Salma Tayo said...

mak aih, dah naik double harga masuk..

~Siti Hajar~ said...

Waaaa mmg xtvt kesukaan anak2 ni...

eina, klu waterworld i-city tu dgn wet world ni mana best? hr tu p water world i-city je, nti nk try wet world ni la plk...

Chenta Ummi said...

lama sangat tak gi wetworld masa budak2 dulu pegi kot ngan family skang dah x minat nak mandi manda :)
Tapi mmg ye weekend je masa yg berkualiti untuk kita bersama dgn org yang tersayang.

mama lieyna said...

Siti Hajar :
Eina rasa wetwolrd ni jauh lebih puas hati kot... eina pun tak pnh asuk icity, so taktau sgt camno dlm tu :-)
Tp wetwolrd mmg happeninglah !

Masya said...

Seyes dah lama x pg, harga pun dah naik... Dulu kami siap mkn lg kat parking kereta lps tu msk bl sambg mandi... Dulu peraturan x ketat janji x tglkan gelang tu... Skrg xtaulah blh buat dak

ch@ said...

suka je tgk akak dgn hubby bw anak2 bercuti. berkelah. beriadah. kita duduk rmh je. sian jg kat anak2, tapi nak buat cemana. hihiii. melopong sajalah.