About

Monday, September 9, 2013

.: undangaN OpeN House & KenduRi keSyukuraN :.

As salam...

Salam Isnin.. dah habis pun Syawal ye..
habis sudah bulan mengisi perut sampai lebam..
susulan dari makan-makan last Syawal jumaat lalu..
sebab makan terlampau kot siang tu masa kat ofis..
sudahnya malam tu tak mampu dah nak pergi open house balai..
kepala pening, tekak loya dan muntah bila dah sampai kat rumah..
batuk tak henti-henti..
aduhai... tak beringat time makan..
semua benda nampak best.. 
(n3 jamuan raya kat ofis a.k.a potluck gitu, ceritanya kemudian..next week kot..huu)
***********

berbalik tajuk, pada 24 Ogos, bersamaan 17 syawal..
kami dapat undangan dari emak saudara si abah, Andak..
ada jamuan raya cum kenduri kesyukuran sempena kelahiran cucu sulung mereka..
ada majlis buka mulut oleh ustaz juga.. ^_^
teruja si anak-anak dapat saksikan majlis tu..
Majlis berlangsung di Kajang..

jom layan gambar yang ada.. banyak juga ni.. ^_^
teruja dua beradik ni jumpa baby.. baby baru sebulan lebih usianya..lupa dah nama..huu..

nak nangis la pulak..hee~

acara dimulakan.. tahlil diikuti, doa dan majlis buka mulut baby..

tengok la akeem tu, sikit sikit dia mendekat.. ternganga mulut tengok apa ustaz buat kat baby tu..hee~

tengok muka akeem tu, hehe..

berbaju purple tu, si ayah baby.. sepupu si abah (majlis kenduri kahwinnya tahun lepas, kami ada pergi juga..ada ceritanya di blog ni ^_^)

sesi jamuan makan..
macam-macam ada, duduk kat bandar ni..
gunakan khidmat catering la senang kan.. ^_^

the menu ~

budak kecik nak mam sendiri.. kerusi rendah..cian..

bihun sup dan nasi himpit kuah kacang pun ada..

meratah ayam~

masuk rumah tengok fish ..

pose 3 beranak~ ^_^

meligat si adik..nasib la rumah saudara sendiri.. rumah orang memang tak mampu nak duduk lama-lama..huu~
dah itu jer storinya..
makin kurang masa nak membebel panjang..
kering idea mungkin..
tempek gambar jer lebih...hehe~

Sekian~

11 comments:

inazamri said...

time2 camni la kita selalu makan terover kan.Now masanya kembali diet heheh

Cho Zila said...

memang makan sakan namanyer sampai tak larat dahkan.. syawal memang bulan rezeki...
akakpun kalau gi kenduri memang suka ambik gambar banyak2...

Nad MamaZN said...

Majlis buka mulut tu mentahnik kan? Guna kurma & air zamzam tu?
Ke salah? Hehe

Rizziela said...

comelnya bb

mama lieyna said...

Nad:
Ha a nad, betulla tu :-)

Imah Dinor said...

untung la cuti sabtu ahad leh g suma undangan...hu...kami dok rmh je cuti jarang2 sama dgn si ayah....

eima said...

meriah .... tak penah lagi tgk majlis metahnik tu ... alisha ngan fahim dulu tak penah pun buat .. takat akikah

NzA said...

mmg jenuh nk hadiri kenduri n open house sepanjang syawal....
Adat yg berbeza antara negeri kan. Kalau kt kelantan umur baby 7 hr diadakan majlis bercukur n aqiqah serentak..masa tulh diberi nama skali....

Lily@MamaZaraZareef said...

alololo..baby tu cumei sgt...tp muka dak akeem yg teruja tu pon comei sgt gak..hehehehe

Masya said...

makan free... jumpa sanak saudara... budak² pun masa ni lah nak meligatkan kikikiki

Izan Ishak said...

comeyyy sangat baby... betul eina, kalau anak2 tgh ligat mmg tak mampu nak kata apa. kadang tu jegil2 mata pun buat dunno je. haihhh...