About

Monday, September 23, 2013

.: MajLis berTanDang ke Batu Pahat :.

As salam...

Salam hari Isnin..
Mood ok ok jer.. ^_^

sambung cerita last majlis kenduri kahwin my SIL
Pontian bertemu jodoh dengan Batu Pahat..

majlis kenduri sebelah lelaki di Batu Pahat dibuat berturutan hari
sabtu kat Pontian, ahad kat Batu Pahat
senang.. majlis di Batu Pahat lagilah meriah..
banyak berhabis jugak keluarga sebelah sana..
ada persembahan silat dan tarian yang dijemput khas

best memang best, tak bestnya pada hari kejadian tu
ramai dikalangan kami yang ikut rombongan ke sana tu
diserang sakit perut cirit birit..
perjalanan ke sana pun sedikit 'deley' gara-gara terpaksa berhenti di pertengahan jalan sebab nak lepaskan hajat ..huu..

termasuklah si mama ni & akeem...
kat pertengahan jalan sekali melepas hajat, kat rumah pengantin lelaki pun sempat lagi sekali..
huu.. tapi takla kritikal sangat...
cuma, tak dapat menikmati sepenuhnya hari penuh bersejarah tu..
akeem pulak dalam kereta, sampai tertembus ke seluarnya
alamatnya, terpaksa tukar pakai seluar pendek jer..
alahai.. tak encem dah..huu =P

kenapa sakit perut?
ntahlah... mungkin kami-kami yang kena ni, tak berapa tahan perut kot
dengan masakan semasa majlis kenduri hari sabtu tu..
sebab ramai jugak yang tak ada masalah pun
macam arif dan si abahnye tu..
dan yang lain-lain pun..
apapun dugaan je semua tu kan.. ^_^

ok, berbalik cerita asal,
jom layan gambar yang sebeban ni
sebagai kenangan... bebelan sikit-sikit dah la..
layan........

sampai je terus makan dulu, dah agak lewat sebenarnya..huu~ hujan jugak masa tu..

mama tak selera pandang nasi minyak, sebab perut belum stabil.. makan nasi himpit sayur lodeh jer.. jadilah..

lepas makan, lepak sekejap kat rumah rehat sebelah rumah pengantin.. tunggu time nak berarak..

ready untuk berarak..hujan rintik-rintik..barisan hadapan..penari-penari jemputan~ ^_^

kompang sudah berpalu.. kami pun berarak... hujan rintik rintik..

akeem pun mood kureeng, mood sakit perut jugak la ni..

pengantin.. disajikan dengan silat dahulu..

sesudah itu, pengantin beransur duduk di bahagian makan beradab..
dan disajikan dengan tarian tradisional.. 3 lagu rasanya~ lama jugak..huu~ time ni, mama masuk dalam rumah, cari toilet =P

si abang arif yang menikmati persembahan.. suka dia tengok.. ^_^
masuk dalam rumah
siap sedia, untuk sesi pengantin bersanding dan sesi merenjis renjis di pilis.. ^_^
sementara pengantin sampai
snap sana sini..
ragam si anak anak~
dapat gula gula, suka la depa~

abang~ adik

my sayangs...~
pengantin dah sampai..
elok pulak, si akeem nampak mak ucu dia kat pelamin
terus diterkam naik ke pelamin
alaaahai..
akeem mendapat jelingan dari 'pakcu sharif'..hehe~ 'kacau daun la kamu akeem..hehe..'

merenjis renjis di pilis..
majlis kat sini, siap ada pengacara majlis, ada dayang-dayang
sedikit formal.. tapi ok jer..
tersusun la kiranya majlis disana~
sweet in blue & pink color.. like like like.. ^_^

comei jer.. masa bersanding asyik la kena usik dengan suara sumbang dari luar rumah.. suami SIL ni, adalah pembekal ayam area batupahat..macam-macam perlian berunsur gurauan yang keluar..hee~ sabo jerlah siraja sehari ye ^_^
skip...
sebelum balik, sempat posing dulu family kecik kami
ooh muka dah sememeh, tautau jerlah, kalau sakit perut ni macamana kan..
tapi syukur la tak serius sangat...
balik tu, kira dah baik sepenuhnya la..
akeem pun sama, sekejap je..

family kami ~ si abah cuma 3 beradik.. 2 SIL perempuan dan siabah sulong~ ^_^
candid mama sefamily~ tQ biras snapkan..hee


ok, itu jer kisahnya..

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan baik..
dah selesai sudah kenduri-kenduri kahwin samadan sebelah mama or sebelah si abah
semua adik beradik dah selamat berumahtangga..
tunggu kenduri kahwin anak-anak saudara dan anak sendiri jerlah lagi..
hee.. moga ada kesempatan itu..

In sha Allah.. Amin..
moga panjang umur kita..

p/s Izan kata dapat ye jemputan dari pengantin lelaki ni, kalau pergi sure ada jodoh kita berjumpa kan..hee~ ^_^

10 comments:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

kalau perut meragam memang tak selesalah dibuatnye..

Selamat pengantin baru buat SIL eina..moga kekal bahagia till Jannah...Nampak meriah majlisnye...pelamin pun cantik..

mamaRIFQY said...

Kalo ramai yg sakit perut, ade yg xkene la kot ngn lauk pauk kan? Chantek kaler baju pengantin tuu

@e_da said...

cantikla warna tema baju pengantin.. leh ikut buat tema raya tahun depan... hihihi bt pahat katne mama?

Maria Firdz said...

meriahnya majlis.. cntik betul tema pengantin tu.. lembut je.. :)

Masya said...

hujan yer.. semua berpayung... suka gambar akhir jarang akak sekeluarga interframe hihihihihi ... sedondon merah menyala² gitu...

Imah Dinor said...

meriah...

Nafira usof said...

boleh tahan meriah jugak majlisnye yer. kalo sakit perut memang boleh spoilkan mood. nasib x serius yer..

ape2 pon, selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.. moga kekal hingga ke syurga~

Ms Haslina said...

alhamdulilah sudah selesai semua adik beradik dan in law dah kawin ye eina.

alhamdulilah tidak teruk kena sakit perut tu.

Izan Ishak said...

eina... sbnrnya 2 kali nak singgah dah. first tgk ramaaaaai sangat org samapi takde tempat nak parking. pastu pusing2 gi bandar dulu. 2nd time lalu hujan lebat sangatlah pulak. last2 mmg kami tak jadi pergi pun.

tak tau pun masa dpt jemputan yg pengantin perempuan tu SIL eina. rugilah... kalau tak mesti kita dapat jumpa masa tu kan. takde rezeki namanya kan eina.

#kami suka beli ayam kat kedai dia sbb ayamnya fresh. nampak dari mula sampai abis proses semua kat situ. itu yg dah jadi regular customer dia tu.

ch@ said...

Colour baju tu mmg cantik sangat. But,mata kita terus fokus kpd sedondon laaa... cantik jugak akak satu fmly.