About

Thursday, September 19, 2013

.: di haRi kenDuri @ poNtian :.

 As salam..

sambung cerita pagi..
di hari kenduri, sebelah paginya..
ada marhaban..
si mama tidaklah sempat menjengok dan menghayati pun..
sibuk dari pagi hari..
menolong SIL untuk sediakan makanan untuk makan beradab
all masakan done by SIL lagi sorang dan hiasan by jiran sebelah rumah..
mama tolong siapkan bahan-bahan dan hias sikit-sikit mana yang mampu =P
jiran lagi kreatif bab hiasan makanan pengantin..
mama ni kurang pendedahan sikit..

layan gambar yang ada, rajin si abah menyenap ^_^

majlis baru nak mula.. anak-anak belum bersiap.. pandai-pandai la akeem bawa diri ye, mama sibuk =P

marhaban dan pemberian lauk/nasi & cenderahati oleh FIL (baju melayu FIL dijahit oleh mama ^_^)

MIL dan mak saudara sedia menerima tamu~

banner 'Selamat Datang' bapak besar kat depan..hehe~

tetamu sudah mulai datang..

sibuk sediakan makanan pengantin.. mama interframe seluar je (berdiri kat belakang tu..hehe)

suasana depan rumah~

akeem dan 2 pupunya~


yeaaah rombongan sudah sampai..
1 bas sekali datang haa..
rombongan dari pihak lelaki dari batu pahat
masa ni dah mulai hujan..
mula renyai renyai je, disusuli lebat sungguh petang sabtu tu..huu~
hujan rahmat ^_^..


sepupu's.. sedia bertindak sebagai 'tol' pertama ^_^

dalam rumah.. mak ucunye a.k.a pengantin perempuan sudah siap di pelaminan~

hujan renyai renyai lagi ..

siap la rombongan lelaki, terpaksa tempuhi beberapa 'tol'.. bayar ye bang, tak boleh tak bayar =P

dah masuk dalam rumah, masih kena 'tol' .. giliran anak-anak kecil pulak dapat habuan, tunggu depan pelamin kan, nak duduk pelamin kena bayar tol dulu..
orang pertama dibayar tol kat pelamin tu
haruslah akeem... dia siap pegang senduk
orang sana kata, 'bahaya budak kecik ni, pegang senduk, kena bayar kat dia dulu'
heee... akeem yang super sporting =P
buat kelakar depan tu..
susah pulak nak snap gambar dak akeem ni
ramai sangat juruphoto berasak kat depan
huu~

acara dinanti.. pengantin membaling, gula-gula dan duit =P.. macam-macam budaya orang sana..

see.. masih memegang senduk dak akeem tu, tak lepas di tangan. dia ambil sendiri kat dapur.. jangan harap orang dapat rampas..ngee..

selamat di pelaminan ^_^.. hijau !
ada sesi merencis rencis di pilis juga ^_^
banyak sangat gambar, skip mana yang boleh..hee~

ambil kesempatan, pengantin pergi makan, kami bergambar sekejap..basah si abah tu sebenarnya.. tengok rambut tu.. sebab masa ni, kat luar hujan dah maha lebatnya, lelaki buat kerja luar memang basah la...

gelap pula.. SIL lagi sorang tolong snapkan.. jadila...

kami dan anak-anak~

pengantin menjamu selera~ hujan lebat sungguh time ni..

kek~ dan pengantin ^_^
selepas potong kek
pengantin masuk tukar baju persalinan putih pula..
masa ni, tak sempat nak ambil gambar dah..
dan terkilan jugak tak dapat bergambar sefamily
geng lelaki (si abah dan biras) sudah basah kuyup..
memang tak dapat nak bergambar
lagi pulak masing masing sibuk pimai pimai
maklum, kenduri semua masak masak sendiri kan..
bukan guna khidmat catering..

ok, sekian sudah ceritanya majlis kenduri kahwin kat pontian..
next... majlis bertandang pulak..
herm.... next week la kot sambung ye... ^_^

terima kasih, sudi membaca..

10 comments:

Nad MamaZN said...

Famili belah pompuan tema oren ek? Cantek!

Bapak besar banner selamat dtg tu! Unik!

Nafira usof said...

sonoknye dapat duit toll. kat terengganu x de sistem toll2 cam tuh.. ahaks~

mama_ka0ri said...

kenapa akeem pegang senduk??? hahahaha...comel laahh...

::NureeN:: said...

kihkihkih..
lawak tgk aqeem.. senduk yerr jd bhn mainan...
selamat pengantin baru buat adik ipar eina :)

aTieYusof Family said...

wah! meriah majlisnya..
selamat pengantin baru pd kedua mempelai..moga kekal hingga syurga..amin! :)

Puan Kutu said...

meriah kendurinya..byk tol pengantin kena hadap..si akeem paling comel dengan senduk..:)

Lily@MamaZaraZareef said...

meriahnye banner selamat datang tu..satu famili punye gambar ada..hihihi..nway, pelamin cun sangattttt..=)

Maria Firdz said...

cntik pngntin berbju hijau...

ch@ said...

Hahaaa best la hakeem. Jhr mmg mcm tu kak, byk tol. Masa kita hr tu org tkt nk byr tol sbb yg mengiring kita je dh bw pedang.

Meriah sgt walaupun letih tak terkata, kan kan kan...part paling best pengantin kena cuci periuk...muehehe.

Imah Dinor said...

meriahnya...wah sedondon suma..