About

Tuesday, April 16, 2013

.: dia periaNg, BijaK dan berDikaRi :.

As salam..

semalam kisahnya si abang..
hari ni kisahnya si adik..

adik yang periang, bijak dan berdikari..
(sebagai ibubapa, haruslah berkata yang baik untuk anak ^_^, 
harap tak ada orang yang terniat di hati, berkata.. 'he elleh si mama ni, puji anak sendiri ' =P)

yes, dia anak kedua-- very la independent, happy go lucky and clever!
kalau boleh semua benda dia nak tiru orang dewasa buat..

adik..
dia tak kisah orang..
sesiapa pun datang dekat, dia akan OK dan boleh bertegur sapa..
siap duduk di riba orang tu, dan suruh dukung..
sesiapa tegur dia, siap la, jadi bahan untuk dia memerap..
merap untuk dukung dan layan dia..weeii..
adik memang muka slamber, tak malu punya orang...

orang tak dekat, dia yang akan mendekat..
buat muka slamber dan tegur dengan cara dia..
gesel2 dekat, curi perhatian orang..
kena pada orang suka melayan..
terus la dapat dukung atau di riba..

adik.. adik.. memang slamber lah kamu ni..
bahaya pun ada..
sebab tak kisah di mana saja, dia suka sangat menegur orang..
kalau ke shoping mall, or kawasan ramai orang..
kalau tak dudukkan dalam troli habis la..
penat nak mengawal dia.. dan habis semua orang nak ditegurnya..
pernah aje beberapa kali berlaku insiden, ntah siapa2 dia mintak didukung..
aduyai adik.. kamu ni kan.. huu~

adik bijak..
apa jua perlakuan kita, kata-kata kita nak ditirunya..
comel.. memang comel.. (weeii puji lagi..haruslah =P)
aksi budak kecik memang la comel..
(sesiapa yang beranggapan ia tidak comel, memang la, orang tu something wrong somewhere ;P)

sekarang di usia menjangkau 1 tahun 4 bulan..
adik pandai dah menyanyi (bahasa dia la..)
antara lagu pilihan.. buai laju-laju, enjit-enjit semut, gangnam style  dan lagu2 masa kini..
^_^
adik pandai juga, baca doa makan..
haha.. mama tipu ye... setakad ni..dia cuma pandai aminkan jer..
bertadah tangan bagai...
tiru orang solat...

pandai 1, 2, 3 sampai ten..
tapinya..kita kena mula sebut dulu..
one, then dia akan sambung two.. kita sebut three, dia akan sebut four..
dan seterusnya..
oooh bijak la kamu ..^_^

adik berdikari..
bangun tidur, janji cukup tidurnya..
senyum saja dia..
slamber turun katil sendiri, buka pintu bilik (pintu tak rapat la)
then, keluar lepak depan tv..

ada sekali tu, malam..
mulanya mama tidurkan dia dalam buai dulu sebab masih awal..
elok mama masuk bilik nak tidur..
tengok dia tidur atas katil pun.. terlentang...
tanya si abah, si abah memang tak alihkan pun..

dia sendiri yang turun dari buai, dan naik ke katil, sambung tidur..
agaknya tak selesa tidur buai kot =P
adik.. adik..kagum sekejap si mama..hee~

ok, cukup2 la tu, panjang pulak bebelnya si mama, semalam dan hari ni..hee~
saja bebel2 untuk kenangan anak2 besar nanti.. ^_^

selingan pic si adik, dalam troli masa pergi shoping waktu malam di Giant dekat area rumah..


beli roti gardenia 70sen tu, belum bayar dah sibuk nak makan, dapat makan suka hati betul..

adik~ yang punya tahi lalat di hujung mata kiri~
Sekian, kisahnya si adik~

9 comments:

Nad MamaZN said...

Adik yg independent!
Syahdu plak akak cite pasal arif n akeem ni :)

eima said...

anak no.2 mmg gitu kot ... yg nomot 1 ni manja terlebih kan ... adek yg jambu cam gegirl

mamaRIFQY said...

adik mmg dah besarr dah.kejap je kan mase berlalu....

Hanis Azla said...

comelnya adik.. seronok baca kisah perkembangan dia..

~~*Lady Salwa*~~ said...

Ramai org yg cakap, anak kedua ni memang pandai berdikari & panjang akalnya... :)

Comel je si hakeem ni...

Nafira usof said...

hehehehe.. comel~

kadang2 kelakuan anak nih buat kita tergamam kan~ cam tak caya dia boleh buat sesuatu yang tak tercapai dek akal kita.. hehehe

Delisha pon kadang2 buat zura gelak besar.. :))

Masya said...

ramai kata ank no 2 berdikari...

Izan Ishak said...

mmg betul eina... anak kedua sangat berdikari. sama cam abg naufal. cuma adakalanya dia pun jadi mangsa buli adik2.

nieda said...

Cerdiknya