About

Monday, December 31, 2012

.: saLam taHun baRu 2013 :.

As salam..

Selamat Tahun Baru 2013.......


Semoga 2012 yang ditinggal meninggalkan kenangan manis untuk dikenang..
Semoga 2013 yang bakal dilalui penuh dengan perancangan yang terbaik untuk diri, keluarga dan orang-orang sekeliling .. 
In Sha Allah...

p/s selamat bercuti ~

.: si aBang aRif di uSia 3tahun 9bln :.

As salam..

lama tak cerita kesahnya si abang arif..
means perkembangan semasa dia..
sekarang dah berusia 3tahun 9bulan..

minatnya masih..
bermain dan bermain..
asal kemana2x je, mainan jadi fokus, nak membeli saje..haih!

sampai rumah, mainnye sekejap, lepas tu tinggal terus mainan dia..
fokus pulak pada Tab, game dan youtube.. haih !

apapun baru-baru ni dah rajin pulak
bab menulis, melukis dan mewarna
bagus...
tapi itulah..ikut mood dia..kalau disuruh takkan nak die..
kena tunggu mood sendiri, mintak nak menulis..
layan jangan tak layan..

tak layan kang terbantut perkembangan dia..

mainan baru hasil jalan-jalan dia dengan si abah berdua ke Giant dekat dgn rumah ni...

koleksi buku dan colour pencil terbaru.. hasil dari jalan-jalan ke Giant juge..

fokus bila menulis.. sampai mulut dah muncung2x..hee~

sekejap pegang betul pensil tu, sekejap sukahati je pegang..haih~

bersungguh2x menulis..

ok la hasilnya.. budak 3 tahun++..budak lelaki pulak, bukan selalu nak fokus bab menulis ni...
Tahun 2014 baru start masuk tadika..
sekarang belajar sendiri kt rumah jerlah..

sekian kesahnya si abang arif.. ^_^

Friday, December 28, 2012

.: KeNanGan : KronoloGi pRoses KeLahiran HakeeM :.

As salam..

Cerita panjang... 1 tahun yang lalu..
Isnin, 26/12/11 – Dari malam mama terasa sakit seolah-olah constraction tapi tak begitu sakit dan sesekali rasa konsisten, sesekali rasa was-was macam tak konsisten.

Paginya – sempat berSMS dengan kakak Mama (dinorfamily) tanya pendapat dia, perlu ke tak ke Hospital. Katanya kalau dah sakit kerap 5 minit sekali, pergilah. Tapi kalau rasa tak sedap hati, pergi jugak la ke Hospital. Cek je dulu… kata akak..

arif layan main game, sementara si mama rasa waswas sakit yang kejap ada kejap takde..
Dari jam 8.00 pagi membawa ke 10.00 pagi, lebih kurang, makin rasa was-was nak pergi ke tak. Sebab sesekali tak yakin dengan sakit pinggang ni sebab takla terlalu sakit macam pengalaman sakit nak bersalinkan arif dulu. Apapun kata putus, pergi je jugak.

Lebih kurang 11am – sampai di Hospital Serdang, daftar macam biasa dan tunggu turn untuk di cek. Prosedur biasa, lama jugak menunggu. Dipakaikan alat kat perut tu, untuk dengar denyutan jantung baby dalam setengah jam gitu. Then, doktor datang cek bukaan, baru 1 cm.. doktor cakap mungkin boleh balik dulu. Apapun kena tunggu dulu untuk scan perut oleh Doktor yang lain pulak.

Lama menanti – Doktor buat scan, dan dapati air ketuban sangat sedikit. So tak boleh balik, katanya..kena tahan wad dan incase kalau masih tak ada progress bukaan, mungkin akan di ‘induce’. Hu~

Inform si abah, kena tahan wad. Sempat suruh belikan nasi dan makan di lobi Hospital sebab sudah tukar baju uniform pink, tak boleh makan di café. Redha’…huu~
Mula rasa sedih, terpaksa berpisah dengan si bujang, abang long arif.

Around 3 pm – Naik ke wad biasa, mula rasa tension, sedih dan sayu. Rasa menyesal pulak datang Hospital awal.huu~
mula2 masuk wad..huu~
~ Tok kedah (mak mama), si abah, k.long nazirah (anak sedara sepupu) dan abang long arif dah balik rumah, tinggallah mama sorang. Sakit tak ketara sangat tapi still terasa sesekali. Mula rasa nak menangis teringatkan Arif. Memang dah nangis pun. Hu~

Sempat ber’SMS’ dengan Rose (MekRose), saja nak hilangkan kebosanan. Rose bagi kata semangat dan tips. Thanks Rose.
kenangan..hu~
Petang – 3 katil lain-lain dah ada baby masing-masing, selamat bersalin diorang. Tension si mama dibuatnya.

Malam – sakit mula terasa ½ jam, 15 minit, 10 minit, 5 minit. Kali ni memang sakit betul-betul, tapi masih boleh bertahan sampai paginya.
suasana hospital dan makanan..hu~
Selasa, 27/12/11 , 6am – masing-masing si ibu-ibu yang masih belum melahirkan berbaris mengambil turn untuk di’induce’, termasuk mama. Tapi elok je sampai turn mama, mama bagitau, sakit dah kerap dalam 5 minit sekali. Then, bila di cek bukaan, ada progress..tapi cuma 2 cm. doktor tak jadi nak induce, dia suruh tunggu progress bukaan secara semulajadi. Petang nanti akan di cek bukaan sekali lagi.

Tengahari – Mak dan kakak mama datang melawat di wad. Si abah dan si arif datang tapi arif tak dibenarkan masuk, dimaklumkan cuma di hari cuti je, kanak-kanak dibenarkan naik ke Wad. Aduhai sedih bertambah-tambah si mama, memang rindu sesangat pada si abang arif tu..pendam..hu~ sembang-sembang, masih dalam mood sakit datang 5 minit sekali. Then kakak mama turun dulu, take turn jaga arif. Si abah naik. Time jumpa si abah, rasa sakit makin terasa, bila sakit, tak mampu berkata apa, cuma pejam mata, dan genggam tangan ke tilam. Sambil-sambil baca ayat Nabi Yunus tu.
Semua balik...huu~

Around 3pm – doktor panggil untuk cek bukaan lagi, dah 4 cm. Doktor nak pecahkan ketuban, tapi pelik… katanya selaput dah tak ada, mungkin ketuban dah pecah awal tapi mama tak perasan. Memang terasa pelik, takkan mama tak perasan ketuban pecah..redha’ Doktor assume ketuban dah pecah dan sekejap lagi dah boleh masuk ke Labour Room. Doktor bagi masa untuk mandi dan makan dulu. Mama sempat pekena laksa yang kakak mama bawakkan. Alhamdulillah kenyang dalam menahan kesakitan.

Tiktok tiktok. 430pm baru mama di bawa masuk ke Labour Room. Time nurse tolakkan dengan kerusi roda tu, sempat bertanya, 'tadi doktor tak kasi pun ubat untuk buang air besar, takpe ke?’..Nurse cakap ‘Oh yeke, patut awak kat atas tadi dah diberikan ubat tu, takpelah’.. herm..mama iyekan je..
di dalam wad bersalin..sempat snap..sebab rasa masa terlalu lambat berlalu..huu~
Penantian 1 penyiksaan, kesakitan yang dirasa lagi satu penyiksaan yang takkan terucap dek perkataan. Dari 5 minit sakit membawa ke 3,2 minit sekali. Apatah lagi selepas dimasukkan ubat untuk mempercepatkan lagi proses bersalin. Sakit tak tertahan. Macam rasa nak putus urat pinggang.
4 jam berlalu – doktor cek, bukaan cuma 5 cm. sadis + sedih. Setiap kali rasa sakit datang, Cuma mampu, sedut gas oksigen di sisi. Fuuuh… tak hilang pun rasa sakitnya tu..huu~ Mengalir jugak air mata menahan sakit..huu~

(ooh ya, sebelum masuk ke LR, sempat SMS si abah (HP boleh di bawa ke LR-letak dalam kocek baju pink tu^_^), bagitau, mama dah nak ke LR, si abah tanya, nak dia datang jam berapa, mama inform datang la dalam jam 8-9malam ke..paling lambat pun kena tunggu sampai jam 1.00am, sebab doktor bagitau, ikut prosedur kena tunggu 8 jam, jika tak ada progress baru akan di c-ser.

Sambung … rasa sakit yang tak tertahan, sampaikan keluar dari mulut request ke doktor ‘Doktor, boleh ke kalau operate je, saya dah tak tahan sangat sakit ni’ (dalam hati dah tau, doktor cakap kena tunggu 8jam..hu).. Doktor tak marah dengar request si mama ni, dia terus bagi kata-kata semangat ‘Awak tak boleh macam ni, Insyallah awak boleh bersalin normal, Cuma kena tunggu sikit je lagi, Banyakkan selawat dan Istiqfar, Insyaallah Allah permudahkan’… huu~ redha’ – 4 jam lagi perlu dilalui…

Sakit jangan ditanya la, Tuhan aje yang tahu. Staf Nurse tanya, suami ada kat luar tak? Exceli dari awal lagi dia dah tanya, tapi mama inform, malam baru sampai. Mama bagitau, rasanya dah ada kat luar tak.. Si abah masuk setelah dipanggil. Tiada apa yang boleh dibantu si abah, hanya mampu memandang si isteri yang sesekali, memejamkan mata sambil mulut terkumat kamit membaca doa. YaAllah… Sungguh, ia sungguh menyiksakan. Sakit tak terkata.

Jam berganti jam..si abah kejap masuk kejap keluar. Keluar nak tengok si abang arif yang turut sama datang. Si arif datang ditemani Pak ucu mad nye menunggu di Lobi.. yee… si arif susah nak berpisah lama, tambah2 waktu malam, memang tak boleh tinggal. Dengan pak ucunye pun tak biasa sangat ditinggalkan lama2x..kesian… kata si abah, arif muntah di lobi, mungkin menangis ditinggalkan. Mama suruh keluar tengokkan si arif…

Si abah masuk ke LR semula, katanya arif dah tertidur.. sejuk sangat di lobi, kesian…tertidur dia. Pak ucunye pulak time tu demam, memang kesian mereka. Tapi kesian jugak kat diri sendiri, penantian demi penantian dari sejam ke sejam…

Cek lagi, 7cm, kemudian 8cm.. kemudian 9cm.. masa tu dah jam 12am.. masih perlu menunggu. Doktor berkali datang bertanya ‘Awak tak rasa nak teran ke?’…mama jawab, ‘tak’.. memang tak rasa pun..rasa sakit je adalah..

12.30am… 12.45am..sakit…sangat sakit… makin sakit… si abah keluar sekejap.
Mama sempat berdoa ‘Ya Allah, permudahkanlah dan percepatkanlah Ya Allah…Aku dah tak mampu bertahan lagi…permudahkan lah Ya Allah dan percepatkanlah… Ya Allah…’

Tiada sesiapa di LR waktu tu, around 1.00am, dah rasa nak meneran… teran sikit.. Ya Allah, nak keluarkah baby ni.. nak panggil nurse..kecik pulak suara yang keluar..harapan ada la yang dengar..si abah tiba-tiba muncul…

Rasa nak meneran lagi, cakap pada si abah ‘panggilkan doktor, nak teran dah ni’..si abah keluar memanggil..staff nurse je seorang yang datang…terus dia siapkan tempat letak kaki tu, standby kaki di atas dan diikat. Hu~ kemudian masuk doktor dan 3-4 orang yang lain bagi semangat untuk push.

Mulanya mama pegang tangan si abah, konon boleh menolong untuk proses meneran, rupanya salah… Nurse larang, dia suruh pegang besi katil. Si abah hanya berdiri sepi sebelah mama. Tak taulah si abah bagi kata semangat ke tak..rasanya dia diam jer.. time tu rasa nak meneran jer.

Akhirnya, 1:16am dengan 3,4 kali push keluarlah, si bujangan mama yang kedua tu.. M.Asyraf Hakeem disaksikan si abah sendiri..terus diletakkan ke perut mama… Alhamdulillah..Sekelip mata sakit yang teramat sangat tadi tu terus hilang .. ‘Alhamdulilah..Alhamdulillah..’ itu je yang mampu dikata.. bersyukur sesangat diberi peluang untuk bersalin secara normal kali ni.

lama jugak proses dijahit tang 'tuuuut' tu tapi tak rasa sakit sangat sebab dibius...dekat jam 3am baru settle semua..
Dengar nurse bagi arahan, 'peluklah anak tu mak, peluk anak tu’..panas…baby ^_^
Tiada suara tangisan si anak,…belum sempat mama tengok jantina si anak, dia dah di bawa lari keluar dari LR secara tergesa-gesa oleh staff nurse. 'Kenapa?... kenapa baby tak menangis?'

Fuuuh..suspen si mama..ingat nak sambung episod suspen ni.. yang menyebabkan mama kena duduk bertapa di Hospital selama 2 hari lagi. Si anak di tahan di NICU dan si mama, duduk di bilik berasingan.. setiap kali nak susukan anak, kena berdikari pergi jumpa anak.

Herm.. takyah sambung part lain lah..terus mention sini jer..hehe..

Hakeem di NICU .. mama dan abah datang melawat ^_^

wajahnya di hari pertama ^_^.. dan suasana di NICU (tak boleh snap, tapi mama curik2 snap..hee)
Kisahnya...
Hakeem rupanya nafasnye laju semasa lahir tu.. degupan laju, terpaksa di masukkan ke NICU, dan diberikan Antibiotik selama 48jam. Tapi tak beberapa jam selepas tu, nafasnya dah ok, dan tiada lagi sambungan wayar ke dada, cuma terpaksa redha' bertapa dalam wad tu untuk habiskan antibiotik, selama 48jam..

Alhamdulillah genap 2 hari, takde jaundis, lain-lain ok..terus boleh balik rumah..Syukur..saat yang dinanti ^_^..
first time jumpa arif setelah beberapa hari tak jumpa.. arif sendiri lambat dapat jumpa adiknya..huu~time ni mama masih kena tunggu di wad..huu~temani Hakeem..

Hakeem di hari kedua melihat dunia~
Sekian… cerita panjang untuk kenangan masa depan………….. ^_^..

Today 28.12.2012 genap setahun usianya.. Alhamdulillah sihat dan bijak ^_^..
Harapan Hakeem menjadi anak yang soleh..Amin....

p/s bila teringat pengalaman bersalin, rasa macam taknak mengandung lagi, tapi..hehe.. naluri seorang Ibu, bila anak dah besar sket ni..rasa nak tambah anak lagi...hahahaha.. =P

.: haPPy 1st BirThday AsyraF haKeem :.

Salam Jumaat nan Mulia..
today... 28.12.12......
mama nak wish......................




Mama - Abah -Abang Arif..
sayang sangat sama kamu....!
be a good boy &
 Happy........... Birthday sayang!
sihat selalu....
senyum selalu.....
Muaaaah !

p/s 1 senyum melebar, hari ni adalah hari gaji.... ^_^..Alhamdulillah..amount berganda nampaknye..hehe..senyum sampai petang la ni..
p/s 2 : ada cerita panjang di next n3.. kisahnya bersalinkan Hakeem..

Thursday, December 27, 2012

.: aDik suKa poRt Ni..eii.. :.

As salam..

satu lagi port pilihan adik..
adventure agaknye duduk kat tempat-tempat sempit macam tu..
eiii..

kita seriau je kat dia..takut kipas tu jatuh ke apa..haih..
tapi budak besar ni mana tau fikir kan..
mana tempat susah nak masuk..lagi sukaaaa dia...
huu~

menyelit di celahan lampu berdiri dan kipas tu..

mama panggil, boleh tersengih dia..haih..kasik geram saje..

tau mama ambil gambar, terus buat muka bajet comel..hee..

lagi.... kasi mama geram.. hee~
anak-anak.. setiap hari setiap masa ada je perkara baru yang dia belajar..
menghiburkan... + merisaukan jugak... hee~

p/s counting... beberapa jam menjelang 28.12.12 ^_^

.: Animal Show @Zoo Negara :.

As salam..

sambung lagi cerita ke zoo hari tu.. (haih, bila nak abes ni ;P)

kali ni, part tengok Animal Show..
time Animal Show adalah 11am dan 3pm..
mama sempat tengok yang jam 3pm tu..

arif teruja sangat..tambah2x part singa laut tu tepuk2 tangan...hee~
kiut jer..

dulu pernah bawak arif ke Zoo n tengok animal show ni
tapi dia kecik lagi time tu, takde perasaan tengok show..hee..
sekarang dah pandai... teruja !


sebelum start shownye.. layan si abang arif main bubble..









dah habis.. jom kita balik.. ^_^
sebelum terus balik..
layan akuarium part dulu..
banyaaaaaaaak sangat fish dalam tu..
si abang arif teruja, semua fish dia nak ambil gambar bersama..
(n3 berasingan nanti..hee)

adik dah mood mengantuk..itu yang bersoother..hee~
dah nak balik....
snap penghabisan..hehe~

adik dah lentok..


balik dari sini, esoknya adik demam.. disusuli batuk dan selesema..huu~
sian adik..

apapun dah baik dah selepas on off demamnye..

p/s weekend je terasa nak je isi masa dengan jalan-jalan macam ni selalu... tapi hehe.. rasanya tak boleh kot..habis duit nanti.. sesekali boleh la..haha..

Wednesday, December 26, 2012

.: WW : iKLaN NutriGeN :.


As salam..

suka betul adik dengan air NutriGen...atau Vitegen pun suka..
atau yang seangkatan dengannya..
hai... belum setahun dah merasa air manis ye dik.. =P



habis sebotol dia sorang..hu~

.: ke Zoo Negara : paRt 2 :.

As salam..

Sambungan n3 ke Zoo Negara ^_^
rabu eh hari ni.. wordless jerlah eh..
tapi piccas takde less.. lagi more n more..hehe~

masih n3 orang.. gambar animal banyak jugak snap..
so kena letak di n3 berasingan..hee~






















habuan untuk si abang kt zoo.. dapat topi dan belon nih.. ^_^
..still to be continue... heee~