About

Friday, December 28, 2012

.: KeNanGan : KronoloGi pRoses KeLahiran HakeeM :.

As salam..

Cerita panjang... 1 tahun yang lalu..
Isnin, 26/12/11 – Dari malam mama terasa sakit seolah-olah constraction tapi tak begitu sakit dan sesekali rasa konsisten, sesekali rasa was-was macam tak konsisten.

Paginya – sempat berSMS dengan kakak Mama (dinorfamily) tanya pendapat dia, perlu ke tak ke Hospital. Katanya kalau dah sakit kerap 5 minit sekali, pergilah. Tapi kalau rasa tak sedap hati, pergi jugak la ke Hospital. Cek je dulu… kata akak..

arif layan main game, sementara si mama rasa waswas sakit yang kejap ada kejap takde..
Dari jam 8.00 pagi membawa ke 10.00 pagi, lebih kurang, makin rasa was-was nak pergi ke tak. Sebab sesekali tak yakin dengan sakit pinggang ni sebab takla terlalu sakit macam pengalaman sakit nak bersalinkan arif dulu. Apapun kata putus, pergi je jugak.

Lebih kurang 11am – sampai di Hospital Serdang, daftar macam biasa dan tunggu turn untuk di cek. Prosedur biasa, lama jugak menunggu. Dipakaikan alat kat perut tu, untuk dengar denyutan jantung baby dalam setengah jam gitu. Then, doktor datang cek bukaan, baru 1 cm.. doktor cakap mungkin boleh balik dulu. Apapun kena tunggu dulu untuk scan perut oleh Doktor yang lain pulak.

Lama menanti – Doktor buat scan, dan dapati air ketuban sangat sedikit. So tak boleh balik, katanya..kena tahan wad dan incase kalau masih tak ada progress bukaan, mungkin akan di ‘induce’. Hu~

Inform si abah, kena tahan wad. Sempat suruh belikan nasi dan makan di lobi Hospital sebab sudah tukar baju uniform pink, tak boleh makan di café. Redha’…huu~
Mula rasa sedih, terpaksa berpisah dengan si bujang, abang long arif.

Around 3 pm – Naik ke wad biasa, mula rasa tension, sedih dan sayu. Rasa menyesal pulak datang Hospital awal.huu~
mula2 masuk wad..huu~
~ Tok kedah (mak mama), si abah, k.long nazirah (anak sedara sepupu) dan abang long arif dah balik rumah, tinggallah mama sorang. Sakit tak ketara sangat tapi still terasa sesekali. Mula rasa nak menangis teringatkan Arif. Memang dah nangis pun. Hu~

Sempat ber’SMS’ dengan Rose (MekRose), saja nak hilangkan kebosanan. Rose bagi kata semangat dan tips. Thanks Rose.
kenangan..hu~
Petang – 3 katil lain-lain dah ada baby masing-masing, selamat bersalin diorang. Tension si mama dibuatnya.

Malam – sakit mula terasa ½ jam, 15 minit, 10 minit, 5 minit. Kali ni memang sakit betul-betul, tapi masih boleh bertahan sampai paginya.
suasana hospital dan makanan..hu~
Selasa, 27/12/11 , 6am – masing-masing si ibu-ibu yang masih belum melahirkan berbaris mengambil turn untuk di’induce’, termasuk mama. Tapi elok je sampai turn mama, mama bagitau, sakit dah kerap dalam 5 minit sekali. Then, bila di cek bukaan, ada progress..tapi cuma 2 cm. doktor tak jadi nak induce, dia suruh tunggu progress bukaan secara semulajadi. Petang nanti akan di cek bukaan sekali lagi.

Tengahari – Mak dan kakak mama datang melawat di wad. Si abah dan si arif datang tapi arif tak dibenarkan masuk, dimaklumkan cuma di hari cuti je, kanak-kanak dibenarkan naik ke Wad. Aduhai sedih bertambah-tambah si mama, memang rindu sesangat pada si abang arif tu..pendam..hu~ sembang-sembang, masih dalam mood sakit datang 5 minit sekali. Then kakak mama turun dulu, take turn jaga arif. Si abah naik. Time jumpa si abah, rasa sakit makin terasa, bila sakit, tak mampu berkata apa, cuma pejam mata, dan genggam tangan ke tilam. Sambil-sambil baca ayat Nabi Yunus tu.
Semua balik...huu~

Around 3pm – doktor panggil untuk cek bukaan lagi, dah 4 cm. Doktor nak pecahkan ketuban, tapi pelik… katanya selaput dah tak ada, mungkin ketuban dah pecah awal tapi mama tak perasan. Memang terasa pelik, takkan mama tak perasan ketuban pecah..redha’ Doktor assume ketuban dah pecah dan sekejap lagi dah boleh masuk ke Labour Room. Doktor bagi masa untuk mandi dan makan dulu. Mama sempat pekena laksa yang kakak mama bawakkan. Alhamdulillah kenyang dalam menahan kesakitan.

Tiktok tiktok. 430pm baru mama di bawa masuk ke Labour Room. Time nurse tolakkan dengan kerusi roda tu, sempat bertanya, 'tadi doktor tak kasi pun ubat untuk buang air besar, takpe ke?’..Nurse cakap ‘Oh yeke, patut awak kat atas tadi dah diberikan ubat tu, takpelah’.. herm..mama iyekan je..
di dalam wad bersalin..sempat snap..sebab rasa masa terlalu lambat berlalu..huu~
Penantian 1 penyiksaan, kesakitan yang dirasa lagi satu penyiksaan yang takkan terucap dek perkataan. Dari 5 minit sakit membawa ke 3,2 minit sekali. Apatah lagi selepas dimasukkan ubat untuk mempercepatkan lagi proses bersalin. Sakit tak tertahan. Macam rasa nak putus urat pinggang.
4 jam berlalu – doktor cek, bukaan cuma 5 cm. sadis + sedih. Setiap kali rasa sakit datang, Cuma mampu, sedut gas oksigen di sisi. Fuuuh… tak hilang pun rasa sakitnya tu..huu~ Mengalir jugak air mata menahan sakit..huu~

(ooh ya, sebelum masuk ke LR, sempat SMS si abah (HP boleh di bawa ke LR-letak dalam kocek baju pink tu^_^), bagitau, mama dah nak ke LR, si abah tanya, nak dia datang jam berapa, mama inform datang la dalam jam 8-9malam ke..paling lambat pun kena tunggu sampai jam 1.00am, sebab doktor bagitau, ikut prosedur kena tunggu 8 jam, jika tak ada progress baru akan di c-ser.

Sambung … rasa sakit yang tak tertahan, sampaikan keluar dari mulut request ke doktor ‘Doktor, boleh ke kalau operate je, saya dah tak tahan sangat sakit ni’ (dalam hati dah tau, doktor cakap kena tunggu 8jam..hu).. Doktor tak marah dengar request si mama ni, dia terus bagi kata-kata semangat ‘Awak tak boleh macam ni, Insyallah awak boleh bersalin normal, Cuma kena tunggu sikit je lagi, Banyakkan selawat dan Istiqfar, Insyaallah Allah permudahkan’… huu~ redha’ – 4 jam lagi perlu dilalui…

Sakit jangan ditanya la, Tuhan aje yang tahu. Staf Nurse tanya, suami ada kat luar tak? Exceli dari awal lagi dia dah tanya, tapi mama inform, malam baru sampai. Mama bagitau, rasanya dah ada kat luar tak.. Si abah masuk setelah dipanggil. Tiada apa yang boleh dibantu si abah, hanya mampu memandang si isteri yang sesekali, memejamkan mata sambil mulut terkumat kamit membaca doa. YaAllah… Sungguh, ia sungguh menyiksakan. Sakit tak terkata.

Jam berganti jam..si abah kejap masuk kejap keluar. Keluar nak tengok si abang arif yang turut sama datang. Si arif datang ditemani Pak ucu mad nye menunggu di Lobi.. yee… si arif susah nak berpisah lama, tambah2 waktu malam, memang tak boleh tinggal. Dengan pak ucunye pun tak biasa sangat ditinggalkan lama2x..kesian… kata si abah, arif muntah di lobi, mungkin menangis ditinggalkan. Mama suruh keluar tengokkan si arif…

Si abah masuk ke LR semula, katanya arif dah tertidur.. sejuk sangat di lobi, kesian…tertidur dia. Pak ucunye pulak time tu demam, memang kesian mereka. Tapi kesian jugak kat diri sendiri, penantian demi penantian dari sejam ke sejam…

Cek lagi, 7cm, kemudian 8cm.. kemudian 9cm.. masa tu dah jam 12am.. masih perlu menunggu. Doktor berkali datang bertanya ‘Awak tak rasa nak teran ke?’…mama jawab, ‘tak’.. memang tak rasa pun..rasa sakit je adalah..

12.30am… 12.45am..sakit…sangat sakit… makin sakit… si abah keluar sekejap.
Mama sempat berdoa ‘Ya Allah, permudahkanlah dan percepatkanlah Ya Allah…Aku dah tak mampu bertahan lagi…permudahkan lah Ya Allah dan percepatkanlah… Ya Allah…’

Tiada sesiapa di LR waktu tu, around 1.00am, dah rasa nak meneran… teran sikit.. Ya Allah, nak keluarkah baby ni.. nak panggil nurse..kecik pulak suara yang keluar..harapan ada la yang dengar..si abah tiba-tiba muncul…

Rasa nak meneran lagi, cakap pada si abah ‘panggilkan doktor, nak teran dah ni’..si abah keluar memanggil..staff nurse je seorang yang datang…terus dia siapkan tempat letak kaki tu, standby kaki di atas dan diikat. Hu~ kemudian masuk doktor dan 3-4 orang yang lain bagi semangat untuk push.

Mulanya mama pegang tangan si abah, konon boleh menolong untuk proses meneran, rupanya salah… Nurse larang, dia suruh pegang besi katil. Si abah hanya berdiri sepi sebelah mama. Tak taulah si abah bagi kata semangat ke tak..rasanya dia diam jer.. time tu rasa nak meneran jer.

Akhirnya, 1:16am dengan 3,4 kali push keluarlah, si bujangan mama yang kedua tu.. M.Asyraf Hakeem disaksikan si abah sendiri..terus diletakkan ke perut mama… Alhamdulillah..Sekelip mata sakit yang teramat sangat tadi tu terus hilang .. ‘Alhamdulilah..Alhamdulillah..’ itu je yang mampu dikata.. bersyukur sesangat diberi peluang untuk bersalin secara normal kali ni.

lama jugak proses dijahit tang 'tuuuut' tu tapi tak rasa sakit sangat sebab dibius...dekat jam 3am baru settle semua..
Dengar nurse bagi arahan, 'peluklah anak tu mak, peluk anak tu’..panas…baby ^_^
Tiada suara tangisan si anak,…belum sempat mama tengok jantina si anak, dia dah di bawa lari keluar dari LR secara tergesa-gesa oleh staff nurse. 'Kenapa?... kenapa baby tak menangis?'

Fuuuh..suspen si mama..ingat nak sambung episod suspen ni.. yang menyebabkan mama kena duduk bertapa di Hospital selama 2 hari lagi. Si anak di tahan di NICU dan si mama, duduk di bilik berasingan.. setiap kali nak susukan anak, kena berdikari pergi jumpa anak.

Herm.. takyah sambung part lain lah..terus mention sini jer..hehe..

Hakeem di NICU .. mama dan abah datang melawat ^_^

wajahnya di hari pertama ^_^.. dan suasana di NICU (tak boleh snap, tapi mama curik2 snap..hee)
Kisahnya...
Hakeem rupanya nafasnye laju semasa lahir tu.. degupan laju, terpaksa di masukkan ke NICU, dan diberikan Antibiotik selama 48jam. Tapi tak beberapa jam selepas tu, nafasnya dah ok, dan tiada lagi sambungan wayar ke dada, cuma terpaksa redha' bertapa dalam wad tu untuk habiskan antibiotik, selama 48jam..

Alhamdulillah genap 2 hari, takde jaundis, lain-lain ok..terus boleh balik rumah..Syukur..saat yang dinanti ^_^..
first time jumpa arif setelah beberapa hari tak jumpa.. arif sendiri lambat dapat jumpa adiknya..huu~time ni mama masih kena tunggu di wad..huu~temani Hakeem..

Hakeem di hari kedua melihat dunia~
Sekian… cerita panjang untuk kenangan masa depan………….. ^_^..

Today 28.12.2012 genap setahun usianya.. Alhamdulillah sihat dan bijak ^_^..
Harapan Hakeem menjadi anak yang soleh..Amin....

p/s bila teringat pengalaman bersalin, rasa macam taknak mengandung lagi, tapi..hehe.. naluri seorang Ibu, bila anak dah besar sket ni..rasa nak tambah anak lagi...hahahaha.. =P

15 comments:

mummy_ayu said...

happy 1st birthday Hakeem..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat & happy selalu...dan semoga jadi anak yg solehah!!

Zura@Iwan said...

Saya touching read yr story...coz i feel you...same my feel masa lahirkan irfan...ya Allah mmg sakit ..

ADEEYA said...

Takut campur terharu campur sedih campur happy baca kronologi kelahiran . hehe happy birthday hakeem! :D

Izan Ishak said...

macam2 rasa bila baca pengalaman bersalin eina ni. masing2 dgn pengalaman yg berbeza2 kan. kita sbg ibu betul2 berkorban demi melahirkan seorang khalifah kecil amanah Allah kan. Moga kisah ni dapat dibaca oleh akeem bila dia dah besar nanti.

happy besday akeem... sayangi mama kamu selamanya ye!

Nad @ MamaZN said...

Lepas setahun baru dpt tau kronologi kelahiran huhu.
Saya nanges kak, bace entry akak ni..huhu =/
Apa2pun, hakeem membesar dgn sihat..mcm2 perangai die kan? Hehe.

Nafira usof said...

bila baca citer nih teringat plak kisah sendirik.. terus rasa takut.. hehehe.

LYAfrina said...

itulah eina.. pgrbanan seorg isteri/ibu dlm mbawa 1 nyawa k dunia.. setiap ank pgalaman berbeza kan.. sakitnya hanya tuhan y tahu.. tapi..nikmatnya selepas dilahirkan..hanya tuhan y tahu.. betapa nikmatnya..hilang semua kesakitan tu kan..

RiEda96 said...

waa.. epy besday hakeem.. dah besar dah.sat ja masa berlalu.. dah 1 year..!! be a good boy..!! seronok dapat baca kronologinya..

RiEda96 said...

saya pun dapat merasa pngalaman sakit 'teramat sangat' tu masa lahirkan irfan, tapi ttp kena ceaser jugak sbb dah sakit 30 jam tapi still bukak 3cm jer.. dan yang ketiga ni,sempat jugak rasa sakit sbb doktor bagi date lambat sepatutnya 2 minggu dr tarikh due kena czer dah, so, malam tu smpat jugak rasa sakit dlm 5,6 jam then, emergency ceaser.. takpala, yang penting kita dan anak selamat kan.. amin..

Nens Collection said...

Hepi fisrt besday hakemm..budak comel mata sepet..hehe..be a gud boy okeh cayang..

NzA said...

Selamat ulg thn Hakeem...moga membesar menjadi anak yg cemerlang dunia n akhirat..cpt sungguh masa brlalu....
penglman melahirkn 5 org anak, akak xpernah alami sakit macam eina yg pjg...akak baca n3 ni pn boleh bygkan camne siksanya eina menahan sakit tu..kalau eina nk tau plg lama akak thn sakit brsalin cuma 30min je....yg lain xsmpai 10-15 minit terus baby kluar...
Jgn serik2 ye, masa muda brsalin cpt2 n pastu cpt brhenti..akak lahirkan si bongsu farouk seawal usia 33thn.....pastu dh rehat smpai skrg...

TechKini.com said...

pengorbanan seorang ibu *terharu* :)

Tech Kini

Umi Nazrah said...

ayat kak yg last tu, dlm kes saya, kena tunggu anak2 kembar membesar mungkin 6-7tahun untuk dapat anak lain. insyaAllah hehe :)

UmiDanisH said...

Alhamdulillah... semuanya selamat dan bb pun cumil da setahun dah... nak tambah lg boleh je tu

Cik puan said...

Kejp je masa berlalu..dah besar..