About

Tuesday, August 7, 2012

.: reNdaNg Ayam ala MamaLieyna :.

As salam..

bersiaran di malam hari..
ada masa untuk bersiaran langsung ni..hehe..

siapa cakap buat rendang tu susah..
cuba dulu resepi ni baru tau..hehe..kena sabar sikit jer.. ^_^

meh nak share, resepi simple mama...
sebagai persediaan menyambut syawal nanti..^_^



Bahan-bahan :
-1 ekor ayam
- 400-500ml santan (santan kotak pun boleh)
- 4 sudu besar kerisik
- Garam secukup rasa
- Daun kunyit dan daun Limau purut untuk hiasan (potong halus)

Bahan kisar :
- 8 batang Serai
- 4 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 20-25 biji cilli kering (direndam dengan air panas terlebih dahulu)
*kesemua bahan diatas dikisar bersama

Cara Membuatnya :
1) Kesemua bahan yang dikisar dimasukkan ke dalam kuali dan panaskan atas api yang sederhana dan sesekali gaul rata
2) biarkan hingga kering dengan api yang kecil
3) masukkan ayam - gaul dan biarkan hingga kering dan empuk
4) masukkan santan dan kerisik
5) biarkan hingga kering dengan, gaulkan ia sesekali
6) apabila sudah kering, masukkan garam secukup rasa
7) masukkan daun kunyit dan daun limau purut

SIAP ! sedia untuk dihidang ^_^
anggaran tempoh memasak rendang - 2-3jam

Selamat Mencuba di hari lebaran nanti...................... ^______________^

p/s resepi yang sama dah diberi pada opismate atas permintaan, dia dah cuba, menjadi tau..so jangan ragu2 untuk mencuba juge..hee~
 

4 comments:

nieda said...

sedapnya eina..dulu awal2 ngandung sgt mengidam nk mkn rendang ayam..hehe raya thn ni dpt mkn rendang smpai lebammm

Gieyana said...

cfm sedap nie..smlm nak buat rendang kerNg..last2 jd smbal kerang..mls nk sediakan bahan2nya..ekekeke.:-)

eima said...

wahhhh aku tak pandai lagi kak .... tp nampak besh mkn plak ngan pulut kunin terangkat ....

eB said...

meleleh dh air liur eB ;)