About

Wednesday, November 30, 2011

.: JaLan2 IsNin : mak buYung di uSia kanDungaN 36 weeKs :.

Salam hari Rabu..
today masuk keje dah..
half day jerlah, petang ada checkup..hu~

perkembangan tentang diri skrg,
mudah penat bila berjalan, sakit sangat tang ari2..nak kena tahan2..
sesekali mcm sakit urat/sakit belakang..

bila dah duduk or berbaring..macam susah sangat nak bangun..
ambil masa, kena perlahan2..dan sesekali perlukan bantuan..
(arif sedia membantu..walaupun tak membantu la sangat, tapi keprihatinan nya tu sangat tinggi..)

pegang tangan mama bila mama nak bangun..then, tanya.."ok mama..ok mama..?"
terharu.. ^_^

eh..berbalik pada tajuk..Jumaat-Sabtu-Ahad-Isnin lalu
arif ada kawan kt rumah..
anak sedara sepupu mama @ 2 pupu arif yang study kt UTM Jln Semarak datang lepak2 kt umah..
Sayangnya Sabtu-Ahad abah keje, tak dapat bawak jalan2..
cuma melepak di rumah..
apapun arif sangat happy sebab ada kawan..

Isnin baru dapat kuar jalan2..
tapi takde tmpt best nak terjah pun..
kuar g soping mall, beli keperluan rumah then round2 Shah Alam..then terus ke antar dia ke asrama..
sempat snap skit sbg kenangan..

Lokasi - Masjid Shah Alam..singgah solat Zohor jap..
si Abang Long, sama sibuk solat juge, siap mencari kopiah lagi tu..hee~

*kak long nazirah, abang long arif & mama @36 weeks.. tudung si mama tak sempat betulkan..hee~

*bulatnya perutku..hee~

snap pakai HP jer... ^_^

p/s tak sabar nak tunggu kelahiran baby ini..hee~

Tuesday, November 29, 2011

.: CaTataN biaSa :.

Salam Tahun Baru Maal-Hijrah 1433..

menyelit bern3 lewat2 petang gini..
melepas gian, lama tak jengok blog sendiri..hee~
cuti 3 hari, bersambung hari ni..
tadi ke Hospital Sungai Buloh, set appointment tuk cek bekas c-ser 2009 dulu..
so, date checkup seterusnya @ hospital sg buloh adalah pada 6.12.11 next week

bila dah ke sana, balik tu rasa cam penat je nak masuk keje..
badan tak bape ok, virus selesema baru nak menyerang..
kepala rasa tak bape ok..
so, Unpaid Leave jerlah..huu~

ada yg bertanya kenapa checkup kt klinik yg mama dok checkup sekarang ni tokleh bersalin kt Hospital Serdang..

sebenarnya tadi mama baru clear sket..
dah tanya pada staff nurse kt HSB tu..

sebab mama ada kes c-ser sebelum ni, perlu buat checkup terlebih dulu dgn pihak hospital..
dan kalau nak buat surat tuk checkup tu, katanya..
klinik mama dok checkup skrg ni (kaw. petaling jaya) bukan di bawah daerah/kawasan Serdang, itu yang mama terpaksa ke Sungai Buloh tu tuk cek bekas c-ser lalu..

apapun kata dia, next week bila dah cek tmpt c-ser dan tiada sebarang masalah, if nak bersalin kt Hospital Serdang, katanya mungkin tak ada sebarang masalah..
apapun kena tunggu dan dengar apa kata doktor minggu depan..Insyaallah..
harap2 tak ada masalah...

esok petang, ada checkup biasa kat klinik..untuk minggu ke-36 kandungan..
yup..dah cukup 9 bulan usia kandungan mama..so, sendiri mau ingat la kan..hee~

p/s tadi sempat mencuba resepi dr Nad @ mamaZakwan..menjadi la..hee~ resepi apa?..nanti mama update sini eh...hehe..suka..suka..sebab dak arif berulang2 makan mende tu...hee~


Friday, November 25, 2011

.: Tips Membanyakkan Susu Ibu :.

Salam Jumaat nan mulia..

dapat INFo dari  SINI..mama mencari2 info sebagai persediaan..
masa arif dulu, sempat BF until dia berusia lebih kurang 4month je..
ada some problem...hu~

Mama memang tak suka minum susu, so, sedikit risau kot2 mana tau susu mama sendiri nanti sangat kurang..
apapun harap2 info di bawah dapat membantu la...

Antara tips nya :

[a] Berurut (dengan bidan).

[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.

[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.

[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.

[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.

[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.

[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.

[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:
• Brokoli
• Lobak Merah
• Lobak Putih
• Seleri
• Kobis
• Sawi Putih
• Peria
• Ulam Pegaga
• Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar:
• Makan kulup daun betik setiap hari.

PENGAMBILAN JAMU
1. Phyto Natal [Nona Roguy]
Penjagaan lengkap untuk kesihatan dan kecantikan selepas bersalin.
Membantu menguatkan peranakan, melegakan meroyan, menggiatkan aliran susu ibu, menyerikan wajah, menurunkan berat badan dan mengencangkan badan.

2. Akar Herbanika [Nona Roguy]
Mengeluarkan susu badan yang lebih pekat dan segar untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin.

*2 jamu di atas dah selamat mama order dan sudahpun terima..dapat ole2 lagi sehelai t-shirt ^_^
nanti ada kesempatan mama tempek kt sini ghupa dia..hee~
harap ianya dapat membantu ..

sebagai penutup n3, meh tempek pic lama ni, lama sangat terperam dalam draft..
publish jelah...
piccas masa bulan syawal lalu..
di ujung2 syawal dah..
time ni baru balik dari rumah seorang blogger..
singgah  jap cuci kereta..

siapa blogger tu ?
Suziey ibunya aQeel yg encem tu...hee ^_^
tahun ni, sempat la g jengah 'beraya' umah dia..saja jalan2..
tapi tak snap2 pun masa kt umah dia..hee~
Budak comot baru lepas nyum eskem.. ^_^
Si Putih memang kena mandikan selalu..
kalau tak comotnya memang akan jelas kelihatan..

tapi rasanya sejak balik dari kampung Raya Haji lepas
si putih tak mandi2 lagi..
tulah dok umah tinggi, nak mandi pun kena g kedai..huu~
Happy Weekend ~

Thursday, November 24, 2011

.: paDa 20.11.2011 yaNg laLu :.

Salam Khamis..
selitkan citer checkup dulu..

overall ok, cuma berat badan naik terlalu sedikit..merah plak..cuma naik 0.3kg dalam tempoh 2 minggu..hu~
dan masalah sket, doktor kasi surat tuk refer Hospital..
katanya Hospital Serdang takkan terima patient yang checkup @klinik yang mama dok checkup ni..
so, dia mintak ke Hospital lain..
Pilihan yang ada cuma Hospital Sg Buluh..alahai sungguh jauh menyimpang dari rumah mama duk sekarang ni..
taktau nak cakap camna perasaan, sebab risau pun ye..
jauh tu nak ke Sg Buloh..
kalau dah sakit sangat camna..hu~
harap2 semua berjalan dengan mudah..

kalau dr rumah ke H.Serdang around 15 mnt je..
ini dr rumah ke H Sg Buloh mau dekat sejam jugak, kalau jln jem camna..hu~

huu~ apapun layan citer kt bawah dulu..
on 20.11.2011 kami ke WetWorld Shah Alam lagi..lalala..

Bayaran masuk :
Ketinggian above 135cm = RM12
Ketinggian antara 83 cm - <135cm = RM10
Ketinggian <83cm = free

Mama & abah ofcoz RM12 sorang
dan arif RM10...dia sudah tinggi..dulu mai takyah bayar lagi..hu~

sikit2 je snap..mama lepak setempat je, panas nak berjalan, risau takut licin so, tak main air langsung..
si abah je melayan si arif..hu~
Awal2 sampai arif kata, 'tengok je, main takyah...' penyegan air..haih..
pujuk dia nak main pasir baru berhasil, mau tukar baju..
padahal mana ada pasir kt WetWorld tu..hee~
See, berdukung awal2 tu..huu~

Si abah yang terover sudah..hee~
snap tempat yg sama je, mama malas nak jalan2 jauh..

Mama lepak sini je, lepak , tengok orang lalu lalang..makan/ minum..hee~


Dah sudah...masuk sana around 10am lebih kot..balik around 1pm lebih2 ..
dalam kete..


tak terus balik umah pun..
ke 2 lokasi lain..melawat new baby..
tapi tak snap pic pun..huu~
sorang baby boy sorang baby girl..teruja mama nak tengok baby sendiri ^_^
tak sabar...hee~

p/s dulu arif pun bersalin kt Sg Buloh, puas hati sebab best layanan, tapi kali ni rasa tak best sket, sbb terlalu jauh dgn rumah..huu~ harap dipermudahkan..Amin...

Wednesday, November 23, 2011

.: WW : kawaN baRu aRiF @HoME :.

Ole2 dari kampung masa cuti raya Haji tu..
Budak2 mancing kat parit tepi umah, dapat ikan ni..

Seekor ikan puyu ^_^

2 ekor sebenarnya, tapi masa bawak balik tu, takde akuarium pun, so letak dalam balang je..
diorang men gaduh2 la plak, sekor dah mati..huu~


.: SeBeLum, SeMaSa, SeLepas : maCam di tepiaN panTai tak? :.

Salam..
Bertemu lagi kita..
Today is Wednesday..perlu wordless ke? Hee~

Tapi yang pasti PiccAs nya is tooo maNy ye..hee~
Layan je le..
Apa yang sebelum, semasa & selepas?

Operasi penambakan tanah bersimen di halaman rumah PIL @Johor..
(still stok lama, citer pasal raya haji hari tu..hehe~)

Sebelum : aktiviti Arif di lokasi yang sama – di halaman rumah)
day 1 @ kampung - main pasir di halaman rumah bersama sepupunya..hu~

Semasa : Cuma dia seorang ~ aktiviti yang sama, Cuma dia ditemani Tok Ayah yang sedang menjalankan kerja penambakan..sepupu dah takde di hari raya tu..(time ni dah nak petang)


Selepas : cun tak pemandangan selepas penambakan tanah bersimen…macam di tepian pantai je kan..hee~
Aktiviti yang sama cuma time ni ramai kawan2…hari last dia kt kampung, lepas zohor dah mau bertolak balik..


macam tengah bersantai di tepian pantai jer kan ^_^
Sekian.

p/s citer pasal checkup?..nanti la citer, ni n3 autopublish, tu pasal tak sentuh pasal checkup semalam..hee~


Tuesday, November 22, 2011

.: ke IKEA kali perTama : layaN mata jer? :.

Salam hari Selasa..
Today mama ada checkup..as usual dan akan diberi surat untuk di refer ke Hospital..
Mama pilih untuk bersalin di Hospital Serdang..itu yang paling hampir dengan rumah @ Bukit Jalil
Insyaallah moga semuanya baik2 saje..

Surat refer Hospital untuk cek bekas c-ser 2 tahun sudah, Mac 2009..
Taktau la apa yang akan di komen oleh Doktor..
Harap tiada sebarang masalah tuk bersalin normal kali ni..Amin..

Ok, back to the topic
Yup…1st time mama terjah IKEA Damansara ni tau..hee~
Itu pun kebetulan, family SIL (dari Johor) nak ke sana mencari sesuatu..
Citer dah lama exceli..masa SIL konvo@ UPM tu..hee~

Baru sekarang nak citer..he~
Benda first time kita buatkan harusla citer gak kt sini..nnti leh jd reference.. =P
Reference la sangat =P

So, mama beli apa?
Banyak melayan mata je..
Tengok deco2 IKEA pasal hiasan dalaman rumah..haih..memang mant0ps lah..
Berkenan…tapi hehe…kena budget banyaaaaaaaaaaaaaak la kalau nak ikut konsep2 decoration depa tu..hee~

So, lebih kepada melayan mata je..

Tapi sempat la ambik 2,3 mende..
Haih takkan balik tangan kosong je kan..hee~
Simple ..hiasan atas kepala katil si mama.. ^_^

Herm..gatai tangan je nak membeli ni.. =P
letak kt kepala katil bilik Arif (tak pernah tido sendirian memalam lagi buat masa ni..)

Dan ada beli gak alas periuk, 3 psc = RM .. lupa da.. =P

Dan sempat snap kanak2 yang tak berapa riang time mama snap ni..ngee..
Merajuk apa ntah..
(penat sebenarnya tu, balik dari majlis Konvo, terus terjah IKEA)


Dan program tak berakhir di situ je..
Balik dari IKEA, ke lokasi lain pulak..
Orang belanja makan @ restorannya (abang kepada suami SIL)
Alhamdulillah kenyang malam tu..

Balik terus tido..esoknya nak kerja~

p/s next week kandungan mama dah masuk 36 weeks..berdebar2..ada jiran mama due date early December (8hb kalau tak salah), tapi dah selamat bersalin pada 12-11-11 yang lalu..waah awal hampir sebulan tau..suspen..suspen..hee~ menurut citer mak dia, kalau tak dia kena c-ser on 11.11.11 tu, sbb baby songsang, last minute baby back to normal dan ada tanda2 nak melahirkan, so tunggu je lahir normal on 12.11.11 ..hee~ Alhamdulillah normal dia..walaupun tak dpt tarikh cantik tu..

Update pagi : TAHNIAH buat pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Muda sebab menang malam tadi, walaupun melalui sepakan penalti tapi tetap namanya MENANG dan JUARA dan memenangi pingat Emas tuk Sukan SEA ke -26 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia..giler berdebar2 malam tadi.. hehe...

Monday, November 21, 2011

.: WoRDLess di HaRi Isnin :.


Ini baru seorang ...

kalau dah beradik esok..taktau la camna gaya..
tambah2 kalau lagi sorang pun boy..alahai... huu~ =P

.: haSiL peng’koRbaN’an :.

Salam Hari Isnin..
Bertemu lagi Isnin – di minggu kandungan mama berusia 35 minggu ^_^
Alhamdulillah..sihat sejahtera..hee~

Berbalik pada tajuk..
Hasil dari raya korban lalu..
This year je merasa balik kampong time raya korban..
Sebab cuti bersambung dengan sabtu/ahad kan..

Dan hasil dari raya korban berkenaan..
(FIL menolong time lembu dikorbankan, memang diorang akan sedekah la~)

Daging, tulang, kaki lembu dan lain2 (paru, perut & hati) ..
Dibahagi 3 bahagian..tuk family IL, family SIL, dan family mama~
Sampai hari ni, masih berbaki daging, tulang dan lain2 tu ..
Banyak sangat, lambat stok nak habis..

Antara menu hasil masakan mama yg sempat di snap..
Tiada dalam gambar..

Bihun Sup Tulang, Paru Goreng, Sup Campur… ^_^

p/s esok checkup ..huu~ nak kena minum air kelapa or air bali banyak2 spy urine back to normal..tak pun habis2 pun kena minum air masak banyak2..huu~