About

Monday, December 5, 2011

.: 37 weeKs aLready :.

Salam hari Isnin..
Mengantuk la pepagi ni..
malam tadi terjaga around 2am..arif muntah..
terus tak bleh tido pastu..
puas pusing kiri pusing kanan..hu~
mata susah nak pejam..
buat2 pejam pun takmo lena..

layan game HP sampai boring..
tengok jam dah dekat 3am lebih..
terus nekad tido jugak..
pejam jugak mata..

last2 terlena jugak, sedar jam bunyi 530am..
rasa cam baru je lelap..hu~

37weeks today~
berdoa cepat2 la baby keluar..mama tak sabar nak jumpa baby
plus tak larat jugak nak menanti..hee~
apapun, sampai masa, keluarlah 'dia' kan.. ^_^

jangan diikut abang long nya dulu sudah..
dah 41minggu lebih jugak, baru nak keluar..hee~

apapun meh intai apa perkembangan 'baby' mama dalam ni..
di usia 37weeks nya.. ^_^

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami.

Sumber : SINI

p/s esok ada appointment kt Hospital Sungai Buloh untuk cek bekas c-ser 2009, then lusa (Rabu) ada checkup biasa kt Klinik..huu~ harap semuanya ok2 saje..

19 comments:

mama rifQy said...

wahh..mesti tak sabar kan??kalo iqy m,mg lebey mase la jawabnye

LYAfrina said...

dah x lama tu..insyallah..smoga dipermudahkan eina... lya doakan smua slamat.

ch@ said...

wuhuuu, aie dah keluar minggu 37 ni. apapun kita doakan akak selamat ye. insyaALLAH bekas czer tu tak ada apa-apa, arif pun dah hampir 3 thn kan? oni dua tahun pun kita boleh normal. akak boleh.

Mamamya said...

wahh..mesti x sabar + b'debar2 kan iena...

smga semuanya dipermudahkan nnti...amin.

hyazz said...

insyaallah takde pepe tu...check aje yer..

Lelord said...

bestnya....insyaallah mudah2an berjalan lancar

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Tak lama lagi dah tu..
Moga dipermudahkan segalanye eina.. ^^

Imah Dinor said...

cepatnya ...semoga dapat besalin normal...

Nens Collection said...

semoga semuanye selamat sis..;)

etiey.com said...

hi..lama tol tak dtg sini. bukan lupa tapi tak BW semua blog kawan2. huhu... lps ni insyallh kembali rajin nk bw ekekke... hope so

dah tak lama... dah tak lama lagi arief leh ajdi abang.. moga semuanya selamat amin

ADEEYA said...

semoga segalanya berjalan dengan lancar :)

|| NaFiRaa || said...

waahhh.. x lama dah tuh.. moga semua dipermudahkan.. amin~

Dilla Ady said...

da dekat2 da ni eina...dilla doakan sumenye berjalan lancar ye..

eB ezrin said...

wah, dekat dh yer :)

e.l.i.z.@ said...

woww dh 37wks...mmg dh x lama dh tu..riri dulu pun 41wks hihi eiymann ngam² 40wks hihi

haslina said...

setiap kelahiran mmg berbeza eina. byk kan berdoa.
semoga kali ini lebih mudah.

juga jgn lupa selalu minta maaf dgn hubby.

Hanna said...

berdoa byk2 kak..insyallah semua akan dipermudahkan nnt..kalau kita dok tggu je, mmg letih jadinya..sama mcm sy, asik menunggu je, last2 overdue seminggu, tp x sgka bb nk kuar..lg terkejut..hii..

~Siti Hajar~ said...

sabaq mama sabaq...baby pun xsabaq tu, tgh get ready...hehe

Klu eina bslin sblm krismas, blh la sy terjah bkt jalil sbb krismas nk p KL...hehe

m@ri@ said...

wah..slmt mengpushkan diri anda..bestnya..