About

Wednesday, May 25, 2011

.: Tidak haram isteri tanggung belanja rumah :.

Untuk Makluman bersama.. Sumber Ehsan dari Email seorang sahabat :

BENARKAH rakan saya mengatakan haram jika seorang isteri menanggung sebarang kos perbelanjaan seperti makanan dan pakaian kerana itu menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya.
Alhamdulillah pendapatan saya lebih besar daripada isteri cuma perbelanjaan keluarga kami kongsi bersama.
Bagaimanapun, saya masih menanggung sebahagian besar perbelanjaan seperti ansuran rumah dan kereta, pakaian, persekolahan anak-anak, pembantu rumah, insurans dan perubatan.


Isteri pula mengeluarkan perbelanjaan untuk keperluan dapur serta makanan termasuk susu anak.


Minta Dr beri penjelasan mengenai perkara terbabit.


ZAINAL
Perak

ISLAM menetapkan kewajipan suami isteri antaranya, suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan anak berbentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian serta perubatan.

Dalam keperluan memberi nafkah, ia hendaklah bergantung kepada kemampuan suami. Sementara isteri wajib melayan suami sepenuhnya di samping memenuhi tanggungjawab lain, sesuai dengan kedudukan¬nya sebagai isteri dan ibu.

Islam menghendaki suami bekerja untuk menanggung anak dan isteri. Apabila suami bekerja, isteri pula menguruskan rumah tangga dan anak termasuk menjaga makan dan minum serta melakukan kerja rumah.

Itulah pembahagian kerja yang adil antara suami isteri. Isteri tidak boleh bergoyang kaki menunggu suami. Isteri perlu menyumbang usaha membangunkan rumah tangga supaya bahagia dan selesa.

Perkara berkenaan dibuktikan apabila puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah al-Zahra iaitu isteri Saidina Ali bin Abu Talib melakukan kerja rumah seperti memasak, membakar roti dan mengisar tepung hingga diriwayatkan tangannya menjadi pecah-pecah.

Oleh kerana kerja rumah sangat berat, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi s.a.w supaya mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah.

Tetapi Nabi s.a.w menyuruh Fatimah terus melakukan kerja itu dan tidak pula menyuruh Ali melakukan kerja rumah atas tanggungjawabnya sebagai suami.

Pada hari ini, ramai pasangan suami isteri bekerja. Keadaan itu ada kalanya menyebabkan urusan rumah tangga tidak sempurna. Kebanyakan keluarga memilih untuk mempunyai pembantu rumah sementara anak pula dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.

Mengenai pendapat kenalan anda itu, ia sama sekali tidak benar dan keterlaluan jika ada menyatakan haram jika isteri membayar kos barang makanan dan keperluan lain.

Islam membenarkan isteri membayar secara sukarela, lebih-lebih lagi apabila dia mempunyai pendapa¬tan sendiri. Tidak adil jika semuanya ditanggung suami seorang diri. Dalam keadaan ini, sudah tentu perkongsian yang adil perlu dirancang.

Saya berpendapat, apa yang anda lakukan sudah memenuhi tanggungjawab. Cuma kita tidak mahu berlaku isteri menuntut sesuatu perkara yang berlebihan hingga menzalimi suami.

Sincerely Yours,
Syazwan


KOMEN mama :
adat berumahtangga, saling bantu membantu, dalam segala segi, samada material atau fizikal.. sama-sama buat kerja rumah, sama-sama jugak tanggung perbelanjaan rumah ( ini dalam hal suami/isteri bekerjaya). Mama sendiri, kerja rumah, memang saling membantu, dan mcm tu jugak soal perbelanjaan..al-maklum suami bukanlah bergaji besar..dan perbelanjaan bukan semata makan/minum dan pakai..macam-macam perbelanjaan ada..hee~. Selagi ada kemampuan, saling berkongsi.

Janji jangan lupa simpanan untuk diri sendiri ! ^_^

Apapun janji kenalah bertolak ansur dan saling percaya-mempercayai..Insyaallah..hidup aman dan bahagia..Selamanya.. Insyaallah… Amin..

17 comments:

MrS. F!zA said...

hikhik..kan kan.. kerja rumah pon kna tolak ansur jgk..ada jgk laki yg goyang kaki je..semua hrp bini buat..dhla bini dah keja bantu, blk rumah bini jgk settle hal rumah tgga..kesian tau..

iduraz said...

setuju tui..suami isteri kenalah berkongsi..:)

LYAfrina said...

betul tu eina..kita isteri ni, tugasnya turut membantu suami jika bkemampuan.. bknlah jd satu kesalahan.. hidup pon berumah tangga, haruslah saling bantu membantu..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Betul tu Eina..Klu dh hidup bersama..eloklah saling bantu membantu & bertolak ansur sesama sendiri..

dinor's family said...

kes serius pagi2 ni ye...ooo...ibu ada byk pegalaman dlm hal2 perkongsian ekonomi rumahtangga ni..maklum la dah hampir 12 tahun bsama...bg ibu dawal pkahwinan lain setuasinya,bla ada anak sorang lain, 2,3 n seterusnya pun lain n semuanya bgantung pada cara masing2...tgk pada keadaan ekonomi rmhtangga masing2 la...pada ibu jangan lupa mnyimpan tuk diri sndr n jgn pcaya100% pada suami perlu ada kurang2 pun 10% pmantuan tuk kebaikkn bsama gak.... perlu tegas bab2 pengurusan keawangan ni..

Ena said...

betul tu.. sokong 100%.. apa pun kena sama2.. baru rasa nikmat rumahtangga dan tak de la beban kat suami sorang or isteri sorng yg urus rumah lepas balik keje..

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

setuju, ni cam email yang fariha bagi tu ke?tak sempat nak baca semalam, semua pun kena bertolak ansur, tak leh la berkira sangat tol tak, janji kita as a wife halalkan segala duit yang kita tanggung tu, baru la jadi kuarga bahagia...sharing is caring

Gieyana said...

Betui2..sgt sokong dgn kata2 nie..kena btolak ansur x kira apa sj dlm rumahtangga..syukur daku punyai suami yg memenuhi ciri2 yg dkehendaki. Bab ekonomi tue mmg betuilah kan..kena tlg n support each other lah tp mestilah secara relahati n x leh lak mengungkit.Kalau mengungkit ini yg sgt2 x bgus..Then Kalau diaorg x lepas utk byr fixed expenses tue, sure kena bantu lah kan..

ch@ said...

setuju. pada kita tak de hal pun keluar belanja utk barang rumah. kan utk keselesaan bersama. cuma kena ingat juga pada diri sendiri. tapiii biasanya suami sendiri yg akan menghargai isteri.

Sidratul Muntaha said...

zaman sekarang mama..
give and take.
dah takde konsep,
duit aku,aku punya.
duit laki aku,aku punya.
perbelanjaan isi rumah dan expenses lain mmg kena sama2 tanggung.
baik gaji si laki beso ke,bini beso ker..
amik peranan masing2.
tak timbul pun pada aku isu kat sini.

hyazz said...

tak haram...tapi kalau dah hari2 tanggung naik lemak le si laki...hahaha

Mamamya said...

sgt setuju dgn n3 ini...w'pun lia x bekerja...sikap b'tolak ansur n kerjasama itu sgt2 penting dalam r/tangga....masing2 saling b'ingat la kan....

hajarus said...

setuju tu... ape2 pun kene sesame... xde la suami jer yg kene tanggung semua...

aanie said...

betul...kena saling membantu gak...lain la klu suami bergaji besar...mmg untung la kan...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

uik..tak penah terlintas kat kepala if isteri kuar duit belanja utk family jatuhnye haram..ehehe

sebab ape?? sebab ikut kemampuan masing2..if tak mampu berterus terang aje kat suami yg kita tak mampu nak berikan belanja tapi kene bagi effort kat lain plak..
memasak, kemas umah, jaga makan pakai, layan suami dengan baik..tu semua guna tenaga tu. tak berbayar pon kan? free of cas..eheheh

so dalam soal umah tangga mmgla kita leh cakap tak perlu berkira sgt, tapi bila ianya dtg pasal duit..huihh..ade rumah tangga leh porak peranda sbb duit!

ape yg penting, kene ikhlas if nak spent duit utk family. jgn berkira sgt..if ade lebih, bagi..if takde..diam aje. cam sy..hanya spent duit utk bayar pengasuh rafiq je..yg lain semua somi tanggung.alhamdulillah....

♥MiZz-siHa♥ said...

btl tu...semua kena tolong menolong n bertolak ansur..br la ade persefahaman...

alimaz kembara terasing said...

dah namanya perkongsian hidup makanya tak salah kalau kita berkongsi segala-galanya....