About

Friday, March 4, 2011

.: SINAR CAHAYA AYAT KURSI :.

Bersempena hari Jumaat yang mulia...untuk panduan dan info bersama^

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah.
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya.
Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....'

'Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. . . .

p/s Bukan susah pun nak amalkan, tapi kalau tidak dibiasakan, rasa susah..aduhai..perkara yang baik, elok lah di amal2kan ..banyak faedahnya kan..
Info dari email...~

13 comments:

bintangku said...

thanks 4 info. Berguna nie.

Nad @ MamaZakwan said...

thanks kongsikan nya kat sini...
btul, kalu tak rajin amalkan memang rase susah..cuba kalu dibiasakan..insya-Allah, berkat hidup :)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Terima kasih Eina..
kongsi info nih bersama..
Btul tu..bukan susah pon klu nk diamalkan..

|| NaFiRaa || said...

terima kasih atas ilmu ini.. ilmu hari jumaat nih~

Mamamya said...

alhamdulillah info yg sgt2 berguna...tq iena...

p/s: selamat berehat bersama dak ariff di rumah...arini cuti kan... :) mesti arif happy sbb ada mama n abah pun dah nak balik....

~ happy weekend ~

Nia said...

dulu masa saya sekolah rendah, ada kena lemah semangat skit, takut hantu je kejenya. bila baca ni, alhamdulillah.

~Siti Hajar~ said...

Thanks for sharing eina..

Sy klu takut akan bc ayat kursi bkali2..

Jue aka ibu FarisYah said...

terima kasih mama ilmu yang baik untuk dikongsi tambah2 ari jumaat nikan...

Ena said...

THANKS EINA.. SANGAT BERGUNA ENTRY NI..

MamaYatie said...

banyak faedah ayat kursi yg belum tahu rupanya..tq eina

Dilla Ady said...

bagusnye info nih eina..thanks for sharing dear!

Izan Ishak said...

mekasih atas perkongsian ni ye eina.

mmg bagus amalkan ayat kursi ni~

Zur@ZaRi said...

banyak betoikan manfaat nyer.. hope kiter sumer selamat dari godaan syaitan!