About

Friday, January 21, 2011

.: peRitnya saKit Ni ~ Petua Batuk & Sakit Tekak :.

Mama sakit tekak yg terlampau dah lama tak baik2..

so, search kt google, then keluar info ni..just to share disini..

Sumber dr SINI ~

Antara Petua Meredakan Batuk & Sakit Tekak:

KERAK NASI:

1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

BUAH PISANG:

2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

SAYUR PEGAGA:

3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

MADU LEBAH:

4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.


Mengurangkan Batuk

Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

Merawat Sakit Tekak;

Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

sumber dari SINI ~

~ akan cuba mengaplikasikan petua2 di atas, harap dapat la membantu! seksa betoi kalau tak baik2 ni! hoho..

~ selamat berhari minggu! lalala... ^_
^

16 comments:

Fieza79 said...

eina..samala kita...sakit tekak...seksa betoi..perit sgt...rasa tak best huhuu

bintangku said...

Gud info. Thanks...

|| NaFiRaa || said...

my hubby pon batuk n sakit tekak.. moga cepat sembuh yer~

norihan said...

iena,thanks for sharing...sebab sayapun dah lama sakit tekak ngan batuk ni jugsk...

Cik Jue said...

petua ang baik nie..sharing is caring...
jue ade nak kingsi ngan mama dan ibu2 lain...

http://anna-jueanna.blogspot.com/2011/01/sepotong-ayat-untuk-diamalkanjom-kita.html

eB ezrin said...

wah bestnyer... tq yer... dh baper ari x baek2 lagi nih hu3

Izan Ishak said...

eina..kalau batuk n sakit tekak ni mmg lah perit sgt kan.

izan pun tak pernah cuba petua2 camni. selalu makan ubat klinik je...

moga cepat sembuh ye eina~

e.l.i.z.@ said...

mmg pun kak..sakit tekak ni perit sgt²..bagus gak petua² tu, leh gak eli try bila sakit tu dtg lagi ehehe

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

kalo kita sakit tekak yang perit kan...TQ untuk info

maszmadi said...

bagus petua ni, thanx for da info

LYAfrina said...

lya pon ada rasa perit2 tekak ni..

nkminum air nasi tu xtahan.. dulu dh try.. cannot go :-)

Lelord said...

wahhh good2, leh cuba, lela mmg tgh batuk ni. ubat batuk yg spital al-ahli bg ni xde rasa..plain jek, ubat batuk mesia ade gak rasa mcm2.

[-suziey-] said...

siannya iena..xbaik2 lagi ek..hmmm..amalkan la mkn madu tu..sedap sket..hehe..sayur pegaga tu mcm pahit jek..ekke:D

mama zakuan said...

bagus info2 tu..thanks ya...jom la join mama

MamaYatie said...

tak baik lagi yer..kesian eina.
hak lain tak biasa dengar...tp minum air+madu @ air asam jawa biasa la buat

BIONIC WOMEN said...

kalau x baik jugak try ler beli difflame lozenges kat farmasi.
cepat ler baiknya..