About

Tuesday, August 11, 2009

~ TerSenTuh HatiKu ~

N3 pasal program ahad akan menyusul selepas n3 ni..
hikhik..take time sket..
ni just to share email yg menyentuh hati nulariku ini...
pasal apa.. pasal CINTA DALAM HATI...

layan kisah ni ek...

CINTA DALAM HATI
Assalamualaikum..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang
boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang
tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital..
Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu....sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu...... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Petikan ::: Hati Emas :::

tersentuh tak..?..heheh.. ke mama jer feeling lebih2 ni...
pepun moral of the story...
"renung-renungkan dan selamat beramal..".. heheh.. tak kena langsung..
Ini gambo pun takde kena mengena langsung..suka suki jer nak tempek...hikhik..
p/s : nak la di make-up kan lagi cam masa jd pengantin dulu..best kan..huhuhu..

18 comments:

umihaikal said...

erk!! tersentuh la ati ni bace kisah tu..hihihi..
*syokkan kalo dapt org makuep kan lg..:)

||♥Shahida♥|| said...

cantikknya akak..huhu

mamamiera said...

ohh.. pernah bace kisah ni.. mmg tersentuh.. kal0 rase nk makeup lg, nnti enibeseri g tangkap photo kat studio.. hehee..

mamamiera said...

nk tanye mamaliena nih.. rase zai mama ni org selangor kan? mama ade x daftarkan haidar tab0ng tawas (tabung warisan ank selangor)ia utk ank2 yg lahir tahun 2008,2009.
zai dah daftarkan si haiqal. sabtu ni zai dpt jemputan Majlis utk penyerahan kad simanja tawas ni.ade pertandingan bayi pilihan lg tu. kot2 mamaliena p0n dpt ke kad jemputan tuh, bleh lah kite jumpa kat sane nnti.. nnti mamaliena jwb kat n3 zai yg latest tu keh.. zai tggu..

mamalieyna said...

umihaikal: tu la..nk kena make-up lg..msti tmbh cun..wat bg pipi tak nmpk tembam...huhu..

mamalieyna said...

Shahida : heheh..org make-up jadila cantik.. :).tu yg nk di make-up lagi..heheh..

mamalieyna said...

mamamiera : tp body dh len macam ni..tak cun la..hehe..malu kt photoghrafer tu..huhu..

PadNani~~{@ said...

salam mamalieyna,

emm..pastinya tersentuh kan. Tapi kita ni perempuan, sure nak tau nape suami suka kat kita kan:) rasa senyum sampai ke tido kalau dgr..

Apepun, moga cinta yang dibina..sentiasa di berkati dan dilindungi Nya. Nani doakan moga mamalieyna dan hubby juga bahagia selamanya ok..di samping Haidar dan adik2 Haidar yg tersayang..insyAllah ameen

[-suziey-] said...

AAH PNH BACA EMEL NI..MMG TERSENTUH..SAYU JE KAN..

mamalieyna said...

suziey : huhu..mmg sayu...terfikir sejenak!

Mama-Danish & Sarah said...

salam kenal...

kalau nak doa pelindung h1n1 ada kat blog saya...

♥ Reen ♥ said...

tersentuh hati den....
hihihi
ermmm yea la besh dpt makeup...laen je muka time kwen dulu tue la first tme makeup...hihhi
akkk santek kne makeup

mamalieyna said...

Mama Danish & Sarah :
Salam kenal..tQ..nnti kiter terjah :)

mamalieyna said...

Reen : akak pun beriya makeup time kawen tu la, mmg berbeza kan..cun jerk..hikhik..tu yg teringin lgik..

nurshah80 said...

amat tersentuh huhuhu.... patut pun susah sgt hubby nak bg sebab.

mamalieyna said...

nurshah80: heheh...skrg tau la jwpn nye ek... huhu...mmg tersentuh..!

ummuabdullahsyaakir said...

Terima kasih mama shre cerita ni...eem tersentuh hati bila mmbacanya -_-

mamalieyna said...

UAS : betul...menyentuh hati sanubari..huhuhu..