About

Wednesday, May 6, 2009

Pengalaman Melahirkan Haidar

060509 - Mama rasa nak kongsi la pengalaman bersalin mama..cacatan ni mama dah tulis masa mama kt kampung lagi, cuma copy paste kt sini jer..panjang la citernyer..so bg yang rajin mmbaca tu, layan jer la yer.. Pengalaman pertama nak melahirkan ni sungguh membuatkan mama insaf, merenung dan berfikir betapa besarnya pengorbanan seseorang yang bergelar ibu. Walaupun mama bersalin secara pembedahan... next time nak rasa la bersalin normal lak :).. wlupun dan tau betapa peritnya nk tunggu saat nak melahirkan. Haidar pun nak adik gk..tp tunggu la Haidar berumur 2thn keatas... layannnnnn k...
...Imbas kembali...
150309 - Ahad
3.00pm – Lepas solat zohor, mama rasa lain macam jer, ada air mengalir kat kelangkang, mama bagitau tok kedah… air ketuban la tu kata tok kedah… mama gabra dah..terus ke bilik air, air mengalir lagi. Terus mama suh abah mandi cepat2, kena pi hospital skrg gk ni.. Tok, abah ngan mama terus bersiap dan bertolak ke Hospital. Dlm perjalanan pun air masih kuar lagi.

3.30pm – sampai di Hospital, tapi time ni mama tak rasa sakit lagi, air pun dh berenti mengalir. Ikut prosedur macam biasa, buat pendaftaran.

4.00pm – 8.00pm – Tunggu ketibaan Doktor untuk buat pemeriksaan. Bukan mama sorang tapi ramai sangat orang nak bersalin terpaksa menunggu.. sungguh membuang masa. Dalam pada tu, air bercampur darah tak putus2 kuar, terpaksa mama pi jumpa abah kejap, mintak pad untuk pakai sbb air bercampur darah tu makin banyak kuar. Time ni mama masih belum rasa sakitnya, tapi bila berbual2 dgn ibu mengandung lain, diorang ckp mama dh lain mcm jer, pucat.. diorang ckp la mama mungkin bersalin awal pagi esok ni.

8.00pm – 8.30pm – Doktor datang buat pemeriksaan. Bukaan baru 1cm. Darah diambil dan ujian sampingan dibuat. Kata doktor, esok pagi akan masuk ubat kalau tak ada rasa nak bersalin jugak. Lepas pemeriksaan, kena menunggu bilik, katanya belum ada bilik kosong..bukan mama seorang tapi ramai lagi ibu2 mengandung lain. Mama disuruh ambil, baju baby, pampers, tuala dan lampin jer. Keluarga disuruh balik dan datang semula esok pagi.

8.30pm – 11.30pm – masih menunggu bilik, abah ada belikan biskut dan air, mama makan sikit jer, tak rasa nak makan, tak selera. Dalam pada tu, rasa sakit dh mula terasa.. dalam 15-20 minit sekali terasa sakitnya.. dan air bercampur darah pun tak henti2 kuar, terpaksa tukar pad dgn kerap.

11.30pm – Dapat bilik untuk tidur malam ni, sebilik dua orang… mama dgn sorang ibu mengandung yang terlebih due sama cam mama tapi dia tak sakit dan tak ada kuar tanda, esok akan di’induce’. Malam ni mama tak dapat tidur, rasa sakit mula mencapai 5 minit sekali.. tuhan jer yang tahu…macam ni rupanya sakit nak bersalin..lama sangat rasanya masa berlalu..setiap 5 minit mama terjaga dan menahan rasa sakit tu. Dalam jam 2.00am, mama bangun dan pergi ke kaunter depan..bagitau nurse rasa sakit mama ni, nurse cekkan bukaan, baru 2cm..heran jugak mama, sakit bukan main lagi tapi bukaan baru 2 cm. Mama ke bilik…menunggu dan menunggu… esok pagi nampaknya mama kena ‘induce’ jugak la macam kwn sebelah mama ni..mama tengok dia releks je tidur.

16032009 - Isnin
9.00am – Doktor datang buat pemeriksaan. Bukaan dah mencapai 3 cm dan sekali lagi dia cek..4cm… katanya mama tak perlu di’induce’ dan boleh ke bilik bersalin kejap lagi. Perasaan mama lega jer sbb mugkin boleh bersalin normal, tak perlu di’induce’.. mama dgr kwn sebelah mama ni menahan sakit sbb di’induce’..menakutkan.

10.30am – Mama ditolak ke bilik bersalin. Perasaan berdebar2 mula terasa..apa lagi bila dengar bilik2 sebelah ada yang menjerit2 nak bersalin dan ada pulak terdengar suara baby menangis.. mama terbayangkan dalam tengahari atau petang ni mama akan melahirkan baby mama ni. Tapi dalam pada tu, sakit dah mencapai 3 minit sekali, sangat2 menyakitkan..mama tak henti2 baca bacaan yang mama hafal untuk memudahkan bersalin tu..setiap kali rasa sakit datang, mama cengkam besi katil kat sebelah.. bila nurse datang nurse tanya, nak suntikan ubat tahan sakit ke?..mama cakap nak..sbb mama tak tahan sangat. Nurse ckp dia perlu dapatkan kelulusan Doktor dulu. Bila Nurse datang balik, dia ckp tak boleh ambil suntikan tu sbb degupan jantung baby tak berapa baik… masyaallah.. tuhan jer yang tahu macamana perasaan mama sekarang, menahan sakitnya.. baru tahu macamana rasanya setiap ibu2 nak melahirkan seorang cahayamata.. Setiap kali Doktor datang cek bukaan, mengecewakan jer sbb bukaan masih static, 4cm terus-terusan sehingga membawa ke malam hari. Last doktor datang cek jam 8.00 malam, bukaan 5cm, doktor bagitau dah tak boleh tunggu lagi, terpaksa kena ‘operation’ jugak sbb mama dah menunggu lebih 24jam. Masa ni mama memang tak harap lain, harap dapat la kuarkan baby ni secepat mungkin, tak kisah la melalui pembedahan pun sbb mama dah menahan sakit lama sangat. Mama ada tanya nurse, kalau pembedahan ambil masa lama tak, nurse bagitau, kalau takada masalah, ½ jam dah selesai. Saja mama bertanya nak tenangkan hati. Masa ni mama terbayang dalam jam 9 atau 10mlm ni mama dh boleh tengok muka baby mama.

8.20pm – Abah datang jumpa mama, akhirnya..dapat jumpa abah.. dari awal pagi tadi langsung tak dapat jumpa abah.. mesti abah lagi risau terfikirkan apa la yang jadi dengan mama dari petang semalam turun tanda sampai membawa ke malam ni langsung takde khabar baik lagi. Mama tak nangis jumpa abah, mama ckp lagi baik pembedahan dlm masa skrg ni, mama dh tak boleh tunggu lagi, lagipun pembedahan skrg moden, sekejap jer selesai. Lepas jumpa abah, doktor datang semula bagi mama tandatangan surat kebenaran untuk jalankan pembedahan.. lepas tu mama diberi minum ubat satu botol..sungguh tak sedap..tapi sabar jer. Dalam masa ni pun rasa sakit masih terasa.. seksanya rasa orang nak bersalin..kadang2 terfikir macam dah taknak mengandung lagi..ish2 .. tapi tak elok fikir macam tu.

10.00pm – Dalam dok menunggu2 tu, dekat jam 10 baru mama ditolak keluar untuk ke bilik bedah, selepas disalinkan baju semua. Dalam pada tu, ada pulak dua kes emergency, terpaksa didahulukan dua kes tu, dan mama ditolak balik semula ke bilik bersalin tadi. Alamak.. sabar jerlah.. dah la mama masih rasa sakit tu..terpaksa menunggu lagi..

10.30pm – Baru tiba giliran mama ditolak ke bilik bedah, jauh jugak bilik bedah nyer… makin berdebar rasanya tapi tak sabar pun ye jugak, tak sabar nak tengok wajah baby mama. Lebih kurang jam 1045pm mama siap untuk dibedah setelah disuntik dengan ubat bius di belakang, time ni tak berdaya, sengal satu badan, tapi boleh melihat dan dengar dengan jelas. Muka mama ditutup kain, dan diberi pengudaraan di bawah kain… disamping tekanan darah diambil dan dibiarkan sepanjang proses pembedahan. Mama dengar doktor dan assistant bercakap2. Terasa perut ditekan2, ditolak2 dan dikerobek2.. dan dengar jgk doktor bgtau baby besar, susah nak kuarkan kepala baby agaknya, dia mintak diambilkan forcep.. masa ni mama sempat terfikirkan kata2 orang, kalau baby dikeluarkan menggunakan forcep, kepala baby boleh berbekas.. hemm..tak kisah la janji baby dpt dikeluarkan dengan selamat.

11.20pm – baby dikeluarkan.. dengar suara baby nangis tapi suara tersekat2 mcm ada cairan dalam mulut, yelah baby baru lahir kan… Alhamdulillah..itu la ayat pertama mama ucap dlm hati bila dengar suara tangis baby mama… tak lama pastu dengar suara nyaring baby mama nangis…dan assistant2 tu bawak baby menghampiri muka mama, … comelnya anak mama, kulit cerah, rambut lebat.. dan diorang bagitau, tanda merah kt dahi ngan kt hidung tu sbb menggunakan forcep.. tak kisahla sikit jer..apapun anak mama dh selamat dan comel sangat ! Mama tersenyum tengok baby mama untuk pertama kalinya dan sempat bertanya, boy or girl dan diorang tunjukkan kelakian baby mama..Masa ni mama belum selesai di operasi. Dh selesai semua, badan mama menggigil2… mama ditolak ke sebelah..mama jadi tak sedarkan diri untuk berapa ketika..sedar2 mama terfikirkan abah…apa perasaan abah sekarang, dari jam 8.30 tadi menunggu2 berita tentang mama.. tadi masa jam 8.30pm doktor ckp ngan abah dah sedia untuk dibedah..ini dah hampir jam 1 pagi, mesti abah ternanti-nanti sekarang ni.. Mama ditolak ke wad biasa..mama sempat bertanya, baby mana?.. diorang cakap masih dibuat pemeriksaan, akan datang menyusul kejap lagi.

17032009 - Selasa
1.15am – Mama ditempatkan di wad kelas 3 terlebih dulu, mungkin itu jer tempat kosong yang ada..tak kisah la, kelas 3 pun ok jer. Jap tu, abah datang lawat, dan bawak perkakasan mama…mama senyum jumpa abah, syukur sgt sbb semua dah selesai, tapi mama tak boleh bangun, kata doktor 6 jam selepas dibedah baru boleh minum air dan boleh bangun. Tak lama lepas tu, baby dibawak pada mama, kiut sangat… abah azan dan iiqamatkan ke telinga baby dan letak madu pada mulut baby.. sempat jugak snap satu gambar baby..kiut!

Selesai sudah kisah mama bersalinkan baby pertama mama.. walaupun tak secara normal tapi rasa sakit nak bersalin normal tetap mama rasa, lama pulak tu..lebih 24jam…akhirnya penantian selama 9bulan lebih, terlahirlah seorang cahayamata kesayangan… ‘MUHAMMAD ARIF HAIDAR BIN AZRUL HISYAM’.

ALHAMDULILLAH…semoga Haidar menjadi seorang anak yang taat dan soleh… Aminnn…
Pic 1 : Wajah Permata Hati Mama & Abah 2jam selepas dilahirkan..

Pic 2 : Abah bersama Muhammad Arif Haidar di hari pertamanya melihat dunia

4 comments:

PadNani~~{@ said...

Salam mamalina

Tahniah atas kehadiran cahaya mata yang sgt comelll..alhamdulillah semuanya brjalan dgn baik=)

Salam perkenalan dr nani sekeluarga

mwaaaaahhhss baby Haidar

aNnA_jaN said...

tahniah...

rieda96 said...

tahniah mamalieyna.. cute haidar.. sy pun sm tak bersalin normal gak dua2. yang first senang sikit, tak sakit, yang second sakit 30 jam baru di ceaser. tapi tetap rasa contraction. tuhan saja yang tahu.. pape pun.. alhamdulillah, suma dah selamat..

mamamiera said...

cam tu le pengalaman besalin.. camne? lepas ni taun bape nk ade bb lg? zai dulu 1st bb lg tak0t.. uri melekat dlm rahim lg.. dokter d0k korek2 berjam2 sgtlah sakit..