About

Tuesday, May 12, 2009

Jawab Tag dr Mama_Aqish

Tag Pasal Anak

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan boy or girl ?
Sorang jer n alhamdulillah anak sulung ni boy..


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak ?
Em..2012 kot, tapi nak ngndung taun 2011..biar jarak jauh sket dpy dpt bersalin normal..sbb yg first dh operation.


3. Nyatakan nama anak anda & apa makna dalam Islam ?

Muhammad - Yang terpuji
Arif - Bijaksana
Haidar - Berani / Singa


4. Siapakah yang memberi nama anak anda?

Muhammad - mama & abah sebulat suara nak letak
Arif - Abah yang kasi
Haidar - Mama yang kasi


5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda?

Abah yang nak cari nama yang membawa makna bijak, cerdik, pandai dan seumpamanya.. Mama lak just cari jer dalam buku (dipinjam dari Mama_aqish : TQ..), nama yang bermula dengan huruf 'H', kebetulan terkenan dgn nama Haidar dgn maksud yang baik..so letakkan la nama tu...Arif Haidar..


6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahayamata..apakah nama yang anda akan berikan ?

kalo Girl - Nur Afrina Batrisyia (walaupun tak mula ngan H, tapi Batrisyia ni membawa maksud yang baik n bunyinyapun sedap..sama ngan mama_aqish la..hehe...)

Kalo Boy - Muhammad Adam Haikal


7. Berapa perancangan anak yang anda mahu dan nyatakan berapa boy dan berapa girl?

Dulu pnh berangan nak anak yang ramai, tp bila dan melalui pengalaman belahirkan...kurangkan sket la kpd 4 orang, hehe..Insyaallah, kalo ada rezki. 2 boys n 2 girls..ok la tuh!


8. Bagi yg sudah mempunyai anak lebih dari seorang, nyatakan berapa jarak beza umur anak anda ?

Mama baru sorang baby, tp kalo ada rezki lebih biarla jarak umur mereka minimum 2 tahun.


9. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang, anda nak girl or boy ? nyatakan sebabnya ?

Sekarang dah dapat boy, nak lak tengok kalo baby girl camne rupa..


10. Apa cir-ciri persamaan anda & anak anda ?
Baby kecik lagi la..susah nak kesan lagi tapi baby Haidar lahir sama bulan dengan mama, mama 14 mac, baby 16 mac.. leh la selebrate besday sama2..meriah sket.. :)

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger..

Taadaa....



11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni..

Ala..mama_aqish dah tag semua orang tp kalo masih ada yang tak kena tag ni lagi..silalah buat..interesting!...buat jgn tak buat! :)


No comments: