About

Thursday, September 8, 2016

.: PerKembaNgan anak ke-3 : M.Aisy Harraz :.


As salam..

Tiba-tiba terkenang zaman aktif berblogging, zaman si abang long paling beruntung..
Dari dalam perut lagi si mama, aktif menulis pasal dia..
Abang ngah akeem, ada jugak la..tapi tak aktif sangat..
Masuk si adik, Aisy Harraz, lagi langsung tak aktif dah..
Dah masuk 2 bulan usia dia baru nak annouce..hii..

Yelah, makin ramai anak, makin banyak tugas dan tanggungjawab nak disettlekan kat rumah tu kan..
Belum lagi tugas dan tanggungjawab di ofis, makin bertambah tahun berkhidmat, makin banyak tugasannya..
Dah 11 tahun kot mama kat kompeni ni.. Mei 2005 until now..
Alhamdulillah..syukur dah tertulis rezeki masih disini,
Dan in sha Allah, sampai 4-5 tahun lagi..Aminn..(target 2020 ^_~)
Tunggu selesaikan beberapa perkara, kemudian boleh la bersara.. ^_^

Apapun itu cuma perancangan kita, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t
Kita terima saja kan..

Ups, melalut..
Nak stori pasal perkembangan si adik Aisy Harraz,
Sayang jika tak menulis di diary kesayangan ni..
Sekarang sudah genap usia 3 bulan pada 28.8.16 lalu..
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan menjaganya..
Dari lahir sampai sekarang..moga di hari mendatang pun dimudahkan..
Ok, abadikan progress fizikal Harraz ye,
Lahir vs 1 Month Old vs 2 months old vs 3 months
Berat : 3.65 kg to 4.8 kg to 5.6 kg to 6.3 kg
Ketinggian : 50cm to 56cm to 60cm to 63cm
Lilitan Kepala (D) : lahir (x ingat) to 39.5cm to 41cm to 41cm

Progress kebolehan :
2 bulan – pandai senyum, rajin ajak bersembang, memberi respon bila dengar suara orang, pandai merengek, menggenggam, nak pusing pusing badan (mengiring)
3 bulan – berjaya sepenuhnya meniarap, 2-3 hari sebelum usia menjejak 3 bulan dah cuba cuba jaya meniarap, dah 3 bulan ni, pantang letak baring terus pusing meniarap! Syabas bette..^_^
Lain-lain, mudah tersenyum dan sengeh bila dipanggil namanya, tapi kerap buat muka ala-ala angry bird (kening berkerut) semacam memikir benda serius ..hiii…

Ok, sampai sini dulu untuk kali ni.
Tempek sket pic terkini, Muhammad Aisy Harraz..
Terima kasih sudi singgah ^_^









p/s : niat dihati nak berwajah baru blog ni, nak bertempah bagai, budget tak cukup daaa, hahaha.. so, kita ubah sendiri template blog ni tuk sementara waktu ye, jadilah..kelam kabut susunan pun.. belasah..tak sempat nak tenung lama blog sekarang..wuu…


Tuesday, July 26, 2016

.: CeRita 2016 ^_^ :.

Hai..

As salam...

Salam tahun 2016, n3 pertama untuk tahun ni..
adoiii... bersawang habis.. bukan takde kesempatan nak menulis something di sini..
banyak cerita nak kongsi.. tapi mo0d mengarang hilang entah ke mana..
tak dapek nak nolong kan..

apapun, alang alang menjengah hari ni..
meh nak wish apa-apa yang tertinggal untuk di wish..

'Selamat Tahun Baru 2016'
'Selamat Berpuasa' (sudah terlambat kecuali mereka yang masih meneruskan puasa sunat 6..hihi'
'Selamat Hari Raya Aidilfitri (belum terlambat, masih dibulan Syawal kan)
'Selamat Datang kepada ahli baru dalam family kecil saya, hero ke-3, Muhammad Aisy Harraz'

Lahir pada tanggal, 27.05.2016 @1447 @Hospital Serdang, dengan berat 3.65kg  secara normal..
Alhamdulillah.. lahir sihat adanya.. lahir esoknya dah boleh keluar wad..
tiada jaundis, dan segala urusan menjagakan dimudahkan malah paling mudah antara ke-3-3 anak mama.. berpantang sendiri pula, awal seminggu, nak masuk minggu ke-2 tu jer, emak temankan..
lepas tu, berdikari sendiri..(anak lain dah sekolah kan..)

Apapun Alhamdulillah.. Allah dah aturkan sebaik-baiknya..
Today, si anak dah berusia 61 hari..emak pun dah masuk kerja dari last week..
sebab cuti awal sebelum bersalin, so, masuk kerja pun, belum cukup 60 hari usia si anak..huu..

Ok, tu je bebel sikit untuk kali ni.. taktau bila pulak boleh menjengok ke sini..hihi..
meh belanja sekeping pic anak hero no-3 mama ni..
yg ni jer ada dalam PC mama sekarang, tempek sekeping, masa ni 4-5 hari usianya..


Muhammad Aisy Harraz (Aisy-Kaya Raya, Harraz - sangat warak ^_^)

terima kasih kepada yang sudi singgah. jumpa di lain waktu.

As salam...

Wednesday, December 23, 2015

.: jaLan-jaLan cuTi seKoLah peNutup taHun 2015 :.

As salam...

salam bersua lagi..
yuhuu.. seronok pulak sesekali dapat update..hihi..

Sebenarnya banyak sangat cerita tertangguh pun..
cerita jalan-jalan, cuti-cuti bersama anak-anak..(dalam negeri je pun..hihi..)
tapi tiada kesempatan nak diabadikan di sini..

hopefully, ada kesempatan tuk abadikan semuanya (walaupun backdated pastinya..wuu)
In sha Allah..

ok, kesempatan yang ada, corat coret sket, kisah cuti-cuti cuti sekolah lalu..
last cuti, penutup tahun 2015..
masih bercuti ke tempat yang dekat-dekat sajer
senang, tak perlu apply cuti lebih.. (cuti tahun dah habis sebenarnya time ni)
harapkan cuti umum (11.12.15 - Cuti sempena Birthday of Sultan Selangor ^_^)

bersambung 1 hari, Isnin nya sebab terus balik kampung, after checkout sabtunye tu..
cuti 2D1N jer pun.. ^_^

Tarikh : 11.12.15
Lokasi : Bayou Lagoon Park Resort , Melaka

Beli voucher melalui Groupon jer, tapi rasa tak berbaloi sebab without Waterpark entrance & Breakfast, hanya penginapan semata..huu.

Apapun Melaka best, boleh jalan-jalan
tanpa bergantung semata untuk main waterpark sahaja..
lagipun cuti sekolah, so orang kat waterpark, ramai ya amat.. tak selesa sangat..
awalnya OK, pagi lagi kan.. dah lewat sket tu, mulalah penuh umat manusia..wuu..
pepun janji anak-anak enjoy..sudahhh.. ^_^

Check-in time.. siap ambik nombor..

Akeem yg bosan..

Dapat bilik on time 3pm..

Bilik OK, not bad..

Lepas check-in..lepak dan lunch kt bilik sajor..
(tapau siap,..hii)
then, petang sket, gerak mencari medan ikan bakar Alai..

Posing sket... ^_^
Anak-anak posing dengan emak memang gitu..haih..

dgn si abah plak.. ^_^

Pilih ye abang, jgn tak pilih.. ^_^
segar bugar haa..


Antara menu.. makanan best, sangat berbaloi..

Lepas makan, magrib tiba, solat dulu
kemudian gerak ke Bandaraya Melaka..

Suasana yang menarik di malam hari..
deretan beca yang penuh warna warni dan bermacam rupa.. cantik !!

Niat nak naik 'Melaka River Cruise' la kan..
nak rasa suasana malam..
dah siap beli tiket, baru perasan, deretan panjang Q menunggu untuk naik bot..
giler panjang tauu... dari jam 8.30pm lebih kurang mula beratur
membawa ke jam menghampiri 10pm, baru dapat turn naik bot..
aiyooo, kalau sorang memang tak hadap la nak beratur lama lama..
ini, memandangkan nak happykan anak anak, redha' jerlah beratur..
maklum.. cuti sekolah..
huu..

mujur la ada hiburan jugak kat situ, sambil beratur sambil dengar adik manis ni menyanyi..
sedap.. ^_^
tak la bosan bebenor..hii..


Posing sket jer..


Dah settle bab naik bot, kaki terasa penat sudah..
anak anak pun sama..
akeem pulak teruja nak naik beca..
haa apalagi.. tanya jerlah en abg beca ni..
naik 4 orang sekali boleh ker..
dia kata boleh sajer..
huu.. kesian pulak tengok nye, dah la orangnya kurus jer..
hihi..

tapi steadylah brader ni, cool jer..hihi..
keje part time dia..
Ok, settle malam tu..
balik, semua pengsan ketiduran

Esok paginye, barulah bermula edisi bermain air..
saat yang dinanti..
tapi biasa biasa ajer kot suasananya..
plus sebab cuti sekolah, ramai orang, jadi tak best..

tak banyak snap gambar pun (guna Hphone jer)
itu pun banyak kt Hp en suami, so tak bleh nak abadikan kt sini..
sikit sudah interframe..time snap ni, belum la ramai sangat lagi orangnya..



Ok, done..
Siap sedia to check-out by 12pm..

Posing sorang si akeem.. Krismas deco

Siap-siap sebelum gerak balik Johor, moh singgah sebentar di Taman Buaya Melaka..
Zoo Melaka dah biasa pergi, kita singgah sini pulak..






Mama ajak posing je, si anak anak lari lintang pukang..
hahaha... nama je Hero, nampak ini dah seram masing masing,..
hahaha..
Posing terakhir si akeem..
Ok, settle jalan-jalan penutup 2015..
tahun depan, In sha Allah.. Mei 2016, ada pertambahan ahli baru dalam family kecik mama..
So, nak cuti-cuti pun, haruslah tunggu ahli baru besar dulu..
kita pilih hujung hujung tahun juga..
lagipun, si abang arif dah masuk tahun 1, si abang akeem pun dah tadika 5 tahun..
jadi tak boleh nak cuti sewenang-wenangnya, kena tunggu cuti sekolah sajer.. ^_^

kepada yang sudi singgah..
terima kasih daun keladi, rajin rajin singgah lagi.

Salam sayang..^_^

Tuesday, December 22, 2015

.: saMbut BirthdaY in adVanCe - haKeem :.

Salam rinduu....

Mak aiih lama sungguh tak update diary ni..
sayang if tinggalkan terus kan..
moh update sikit la cerita terkini..

Sambutan Birthday in advance Hakeem menjelang usia 4 tahun nye..
tarikh sebenar, 28.12.2015..
tapi sebab tarikh tu, time bz nak bersedia masuk sekolah si anak-anak..

makanya time balik kampung Johor pada 12.12.2015 lalu
terus ambil kesempatan buat sambutan kecil-kecilan..
sambut bersama si abang arif, 3 sepupu yang lain dan jiran tetangga jer..

Menu : Laksa Utara, Soto, Koktail, buah-buah dan kek (Sponser by Mak Ucu nye.. Tq mak cu)

moh abadikan sebahagian gambar happy-happy mereka di hari berkenaan.. ^_^


Oooh di hari sama, sambut birthday sepupu hakeem yang lagi sorang juge..
Alif yang berusia 2 tahun (tarikh dh lepas)..

Birthday dua orang tu jer, tapi semua dapat hadiah dari tok ayah nye.. ^_^

senyum la semua...

Happy birthday in advance Muhammad Asyraf Hakeem.. ^_^.. Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat.. Amin....

p.s Usia baru nak masuk 4 tahun, tapi next year dah nak tadika ikut tahun 5 tahun lah.. nasib la lahir hujung tahun kan.. ^_^...